Category: Suka Duka MLM

Pendapatan Berulang (Recurring Income) – Impian Semua!

Sumber : RahsiaMLM.com

Pada kali ini, mari kita bincangkan jenis-jenis pendapatan yang anda perolehi di dalam perniagaan atau pekerjaan anda, dan kita lihat pendapatan yang bagaimanakah patut kita perolehi.

Terdapat tiga (3) jenis aliran pendapatan yang boleh diklasifikasikan seperti di bawah.

1. Buat Sekali – Dibayar sekali

Jika anda laksanakan kerja, jualan atau melaksanakan sesuatu kontrak sekali sahaja, anda juga akan dibayar sekali sahaja dan pendapatan anda akan berakhir di situ  sahaja.

2. Berterusan Bekerja – Berterusan Dibayar

Jika anda buat kerja pejabat dari pukul 9 ke 5, anda akan berterusan dibayar selagi anda berterusan bekerja dengan majikan anda – dan ini biasanya dipanggil pendapatan berterusan. Ini adalah jenis pendapatan yang “dinikmati” oleh golongan pekerja. Walaupun anda seorang pakar bedah otak, peguam atau jurutera, anda cuma akan dibayar selagi anda berterusan bekerja. Jika anda berhenti bekerja baki akaun bank simpanan anda akan mula berkurangan.

3. Buat Sekali Dengan Betul – Dibayar Berulang-Ulang Kali

Jenis pendapatan yang ketiga ialah pendapatan berulang di mana anda akan dibayar walaunpun anda sudah berhenti bekerja. Sebagai contoh, jika anda menulis buku, anda akan dibayar melalui pendapatan royalti selagi buku anda itu berjaya dijual untuk kerja yang cuma dilakukan sekali.

Kebanyakan daripada orang yang kaya dan hidup mewah mencipta kekayaan dari satu bentuk aliran pendapatan berulang. Ambil penyanyi Michael Jackson sebagai contoh.

Beliau masih menerima royalti hasil daripada penjualan album yang beliau buat berdekad yang lalu. Beliau juga boleh mempakejkan semula lagu-lagu lama beliau dan menjualnya untuk menjana pendapatan baru. Beliau tidak perlu menghabiskan masa di studio untuk menghasilkan lagu-lagu baru untuk mendapatkan aliran tunai yang berterusan!

Ianya tidak memerlukan seorang genius untuk mengenalpasti apakah jenis pendapatan yang seseorang itu inginkan.

Pendapatan Berulang (recurring income/residual income/ royalty income) adalah situasi yang paling ideal antara ketiga-tiga situasi di atas. Kita semua ingin bekerja sekali dan dibayar berulang-ulang kali. Itulah kuasa pendapatan berulang-ulang!

Majoriti golongan profesional yang menikmati pendapatan seperti ini ialah mereka yang terlibat dalam bidang kreatif seperti pelakon, penulis, penyanyi dan pelabur.

Malangnya, tak ramai daripada kita yang dianugerahkan dengan bakat seperti Michael Jackson, apatah lagi peluang untuk berkecimpung dalam industri yang mewah ini. Bagaimanapun, ada satu peluang yang meningkat naik untuk orang-orang biasa seperti kita untuk menikmati pendapatan berulang dalam abad ke 21 ini.

Pengajaran dari Pengalaman Menyertai MLM (Zhulian)

Pada pagi ini saya telah pergi ke Agensi Zhulian, Skudai untuk melihat koleksi terbaru barang kemas yang biasa akan keluar setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri. Sebenarnya saya pernah bergiat aktif di dalam Zhulian pada tahun 2004. Namun begitu sekarang ini saya sudah tidak lagi aktif. Semasa saya di Agensi, saya telah berjumpa dengan beberapa orang rakan yang masih lagi aktif dan dulunya begitu rapat dengan saya.

Apabila kami berbual-bual, mereka mula menyindir saya kononnya saya ini tidak tetap pendirian dan orang macam saya ini memang tidak akan berjaya. Betapa tergurisnya saya…

Kepada sesiapa yang pernah menyertai mana-mana MLM dan membaca kenyataan ini, pasti anda boleh memahami perasaan saya. Ini kerana, apabila kita menyertai mana-mana MLM sekalipun, pada suatu tahap kita akan rasa kita patut berhenti. Walaupun pada awalnya kita rasakan yang ia merupakan satu perniagaan yang betul-betul kena dengan jiwa kita, tapi lama-kelamaan hati kita akan menjadi tawar dan kita mula mencari alternatif lain. Dan itulah yang saya alami.

Namun begitu, saya tidak pernah menyesal menyertai Zhulian. Ini kerana, dari sudut yang lain, saya telah belajar banyak benda melalui Zhulian. Antaranya:

1. Belajar Cara Meyakinkan Orang
2. Belajar Cara Membina Perhubungan dengan Orang
3. Mendapat ramai kenalan yang terdiri daripada Usahawan Yang Berjaya

Walaupun saya tidak lagi bergiat aktif dengan Zhulian, saya rasa ada juga hikmahnya. Antaranya :

1. Saya tidak memandang rendah/negatif kepada orang yang melakukan kerja/bisnes separuh jalan. Ini kerana, saya yakin setiap orang mempunyai alasan tersendiri di dalam mengambil apa-apa tindakan.
2. Saya belajar untuk tidak bercakap besar (brag) di dalam apa jua bisnes yang diceburi kerana kita tidak tahu sejauh manakah kejayaan yang akan kita capai.
3. Saya mula memahami betapa rapuhnya nilai persahabatan di dalam MLM. Ini telah mematangkan saya dan saya cuba untuk tidak menjadi seperti mereka yang hanya bersahabat untuk kepentingan perniagaan semata-mata.

Menjadi seorang yang pernah gagal juga sebenarnya merupakan satu hikmah yang sangat besar ertinya di dalam kehidupan saya. Ini kerana, ia menjadikan saya seorang yang lebih merendah diri.

Update terkini :

Bermula Jun 2007 sehingga sekarang saya sudahpun beralih arah daripada perniagaan MLM dan memulakan kerjaya sebagai seorang Unit Trust Consultant bagi syarikat unit trust No. 1 di Malaysia iaitu Public Mutual Bhd.

Alhamdulillah kerjaya ini benar-benar sesuai dengan jiwa saya kerana antara tugas saya adalah memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menyimpan duit dan mempromosikan pelaburan unit trust yang merupakan sejenis pelaburan yang sangat menguntungkan.

Jika anda sedang tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah, sila klik di sini untuk maklumat lanjut.