Category: My Life

Saya telah menggunakan Happy!

Bermula hari ini, saya telah menukarkan no telefon saya daripada Maxis ke Happy.

Kepada rakan-rakan yang masih tertanya-tanya apakah pelan Happy, di sini saya akan terangkan serba ringkas.

1. Dengan Happy, anda tidak perlu risau berapa lama panggilan anda. Setiap panggilan yang dibuat akan dicaj pada kadar maksimum RM0.99 tanpa mengira berapa lama panggilan anda.

2. Bagi panggilan di bawah tempoh 99 saat, kadarnya adalah 1 sen sesaat.

3. Setiap SMS kepada operator tempatan hanyalah RM0.10 per sms

4. Tempoh penggunaan selama 60 hari bagi setiap topup ( topup dalam RM10, RM20, RM30, RM50 dan RM100)

Bagaimana untuk mendapatkan Happy Starter Pack? Ianya boleh didapati melalui beberapa cara dan di antaranya adalah di Pasaraya Giant yang berhampiran dengan anda pada harga RM5 sahaja (termasuklah RM2 masa berbual).

Sebenarnya sebelum ini saya telah menggunakan line Maxis tetapi saya memilih Happy kerana saya tertarik dengan kadar 1 sen sesaat jika panggilan kurang daripada 99 saat. Ini kerana, apabila saya melihat kembali bil telefon saya setiap bulan, saya dapati Maxis mengenakan caj 10 sen bagi panggilan di bawah satu minit.

Dengan kata lain, jika saya menelefon seseorang dan panggilan itu diterima oleh voice mail, saya akan dikenakan caj 10 sen walaupun selama 2 saat sahaja. Setiap hari boleh dikatakan hampir 10 panggilan sebegini. Bukankah ini satu pembaziran?

Sebenarnya Happy ini juga merupakan sebuah produk daripada Digi dan seterusnya ia mempunyai ciri-ciri istimewa pelan Digi iaitu:

a. Call Forwarding

b. Missed Call Alert

- Walaupun telefon mudah alih dengan talian Happy anda dimatikan atau sekiranya anda tidak dapat dihubungi. Dengan Missed Call Alert, anda akan dimaklumkan tentang panggilan yang terlepas tersebut melalui SMS. Satu SMS akan menyenarikan butiran berikut sebaik sahaja anda menghidupkan telefon mudah alih anda atau kembali semula ke dalam kawasan liputan:

  • Panggilan yang terlepas bersama-sama dengan nombor-nombor telefon pemanggil-pemanggil
  • Masa panggilan tersebut dibuat

Best kan? Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.happy.com.my

Pendaftaran Peserta KPLI di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim

Hari ini saya telah menemankan suami saya untuk mendaftar sebagai peserta KPLI di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim, Larkin, Johor.

Sebelum kami pergi bermacam-macam persoalan bermain di fikiran saya terutamanya dari segi penginapan. Saya nak pastikan samada dia wajib tinggal di asrama ataupun tidak. Maklumlah kami sudah mempunyai 2 orang anak lelaki yang tengah aktif (Muhammad Aidil Iqbal – 4 tahun dan Muhammad Adi Irsyad – 18 bulan) dan saya tidak boleh bayangkan kalau saya terpaksa menjaga mereka seorang diri selama hampir setahun suami saya berkursus nanti.

Setelah semua sesi pendaftaran selesai, saya rasa tersangatlah lega kerana peserta KPLI di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim tidak diwajibkan untuk tinggal di asrama. Alhamdulillah, hanya tuhan yang tahu betapa leganya saya!

Kepada rakan-rakan yang sedang mencari maklumat tentang KPLI, di sini saya kongsikan beberapa maklumat yang mungkin berguna kepada anda:

1. Peserta KPLI akan dibayar elaun sebanyak RM13++ setiap bulan sepanjang tempoh kursus (tp elaun ini hanya akan diterima selepas bulan ketiga – biasalah tu… )

2. Tempoh kursus adalah selama setahun dan mengikut jadual sesi persekolahan Malaysia (maknanya kalau sekolah cuti, peserta KPLI pun akan bercuti. Best kan?)

3. Sekarang ni KPLI hanya menyediakan kursus untuk mengajar di Sekolah Rendah sahaja.

4. Gaji guru KPLI adalah lebih daripada guru biasa (Kalau tak salah, beza dalam seratus lebih – Kira okay jugakla sebab peserta KPLI ni belajar lebih lama daripada guru biasa)

5. Ramai peserta KPLI yang bercinta dengan rakan sekursus (Fakta penting ni! Kepada sesiapa yang mempunyai tunang/kekasih yang bakal menyertai KPLI sila berhati2 dengan fakta ini sebab terdapat banyak kes putus tunang apatah lagi putus cinta.. )

Hihihi… setakat ini sahajalah info tentang KPLI untuk hari ini. Jangan marah..

p/s : Anda juga boleh layari laman web ini http://www.ekpli.com untuk mengetahui maklumat lanjut dan juga rahsia untuk lulus cemerlang di dalam KPLI.

Pesanan Arwah Umi

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa pesanan arwah umi saya yang mungkin boleh dijadikan pedoman kepada rakan-rakan semua:

1. Jangan bertandang ke rumah orang di dalam keadaan lapar
Moral : Apabila ke bertandang di dalam keadaan lapar, kita akan berasa terliur apabila melihat makanan yang ada di rumah mereka. Dan jika mereka tidak offer kepada kita, kita akan mudah merasa kecil hati. Tambahan pula, perut yang lapar akan menyebabkan anda tidak selesa dan cepat marah.

2. Bersedekah kepada orang yang lebih tua
Moral : Dengan bersedekah kepada orang tua, kita bukan sahaja menggembirakan mereka malah kita juga dapat memberi contoh yang baik kepada anak/adik kita. Perkara ini juga akan menyebabkan orang tua mendoakan kita dan menjadikan hidup kita lebih berkat