Category: My Life

Macam Best Je Certified Business and Executive Coach (CBEC) Programme

Beberapa hari lepas semasa saya membaca blog Puan Norlela Zubir, saya rasa tertarik dengan program CBEC yang dia ambil di Universiti Malaya.

 

Saya berminat untuk menjadi seorang certified business coach ataupun life coach selepas saya menghadiri kursus Coaching for Performance yang dikendalikan oleh Mr Wai K Leong.

Kursus ini merupakan kursus wajib untuk naik ke pangkat tertinggi di Public Mutual iaitu Group Agency Manager.

Sebenarnya proses coaching merupakan proses yang sangat menarik kerana kita membantu orang lain menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan bertanyakan soalan-soalan yang betul.

Dalam proses coaching, coach tidak akan mengajar atau memberi pendapat sebaliknya coach akan membantu coachee untuk menyelesaikan masalah mereka dengan bertanya dan mendengar.

Dan bila kita mahir dalam coaching, kita boleh membuat personal coaching untuk diri kita sendiri apabila kita menghadapi masalah. Memang best!

Berikut adalah maklumat lanjut tentang program ni yang saya copy dari website rasmi di sini http://www.umcoaching.com.my/programme.htm

CERTIFIED BUSINESS AND EXECUTIVE COACH (CBEC) PROGRAMME 
(For  professionals who aspire to be PROFESSIONAL COACHES)

UMCCed offers a 12-month programme, leading to the Certified Business and Executive Coach qualification. It is designed to groom individuals to become competent, qualified and professional coaches. With these traits and skills, participants will be able to develop themselves and others in the organisation to a higher level of performance. It is goal oriented, personally tailored learning for your business, the business leaders, the management and the teams.

The whole training programme shall be divided into two levels : Level One (Coaching Fundamental) and Level Two (Coaching Applications). The training session will be conducted every Saturday from 9.00 a.m. to 5.00 p.m. and it consists of 158 training hours.

Participants who successfully completed Level 1 will be awarded Coaching Competency Certificate. Upon completion of the two levels and obtained a pass in all the assessments, participants will be awarded Certified Business and Executive Coach certificate.

Untuk tahun ni program ni akan bermula pada bulan April. Sempat lagi nak register ni.. :)

Esok saya plan untuk hubungi pihak UMCCed bagi mendapatkan maklumat lanjut dan juga cara mendaftar.

Kepada yang berminat untuk menjadi business coach, jom join program ni!

Small, Medium & Extra Large

20120218-154109.jpgSmall, Medium & Extra Large.. :)

Bila bersama Kak Im & Cik Sal, memang rasa macam raksasa.

Huahuahua..

Ada Can Nak Jalan-jalan Ke Bintulu

Dua malam lepas ada seorang rakan saya tumpang bermalam di rumah. Dia baru sampai dari Bintulu untuk urusan pendaftaran Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) di UTM Skudai.

Sempat jumpa dia malam tu je sekejap sebab masa dia sampai pun dah lewat, dalam pukul 11 malam.

Esoknya pulak pagi-pagi lagi dia dah keluar untuk urusan pendaftaran dan lepas tu terus masuk kolej.

Lepas ni time dia cuti semester, insyaAllah nak ikut dia ke Bintulu. Nak pergi sendiri tak biasa. Kalau ada orang bawak, confident sikit.

Saya memang teringin sangat nak ke Sabah & Sarawak bersama keluarga. InsyaAllah tak lama lagi akan jadi kenyataan. Lepas ni bolehlah review tempat-tempat menarik kat Bintulu. :)

Kepada Cik Lin, belajar rajin-rajin ya. Semoga dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang dan jadi guru yang dihormati.