Category: My Life

Saya Cuti Belajar..

Hari ni saya sibuk menghabiskan buku Property Jewel oleh Renesial Leong.

My investment before I start my property investment

Adi tanya saya, “Umi cuti ke hari ni?”

Saya jawab, “Umi cuti belajar. Maksudnya, Umi cuti. Tapi umi belajar. Sebab umi nak baca buku.”

:)

 

Sebelum saya beli rumah yang saya duduki sekarang, saya banyak membaca artikel tentang pelaburan hartanah, cara jual beli dan cara terbaik untuk optimumkan keuntungan.

Alhamdulillah, dengan ilmu yang diperolehi saya telah berjaya membeli rumah pertama dengan hanya membayar deposit sebanyak 1%, dan bukannya 10% – 20% seperti yang biasa dilakukan.

Selain itu, saya juga telah mendapat persetujuan daripada pemilik asal untuk membuat pinjaman melebihi RM10,000 daripada nilai sebenar.

Dengan ini, setelah tolak deposit, duit lawyer dan duti setem, saya mendapat wang tunai melebihi RM5000.

Jadi, saya syorkan sangat para rakan-rakan semua untuk membuat pelaburan untuk ilmu terlebih dahulu sebelum membeli rumah yang selalunya merupakan benda termahal yang kita beli dalam hidup kita.

Apalah sangat pelaburan RM100-RM1000 jika dibandingkan dengan wang yang dapat dijimatkan dengan ilmu-ilmu yang bakal diperoleh. Betul tak?

Nak Jadi Jutawan Hartanah!

Sejak beberapa hari yang lepas saya makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena.

Semuanya disebabkan penangan ebook The Road To Wealth oleh Robert G. Allen.

Memandangkan waktu siang saya sangat terhad (kerana sibuk mengejar target sales harian sebanyak RM22727 dan membantu ejen-ejen saya), saya hanya mempunyai masa untuk membaca ebook ini pada waktu malam.

Jadi, walaupun sangat excited dan tidak sabar nak habiskan ebook ni, saya terpaksa tahan nafsu dan baca sikit-sikit. Nasib baiklah hari Sabtu & Ahad ni saya agak free jadi saya boleh pulun baca ebook ni habis-habis.

Alhamdulillah selepas 4 hari (bermula Khamis yang lepas), saya berjaya menghabiskan ebook ini dengan jayanya.

Sebenarnya sebelum ni saya pernah baca ebook ini tapi cuma sepintas lalu sahaja. Jadi kali ni saya pulun habis dan baca every word. Suka sangat!!

Selepas baca dalam 20 muka surat pertama, saya tersangatlah excited dan terus pergi ke kedai buku MPH yang berdekatan dan telahpun membeli buku berkaitan 2 buah pelaburan hartanah + sebuah buku tentang pengurusan pekerja + sebuah buku tentang tips menjual. Jumlah pelaburan = RM200++.

Tak sabar nak habiskan buku-buku tu semua pulak. :)

p/s : Saya dah start praktikkan ilmu yang dipelajari. Dah call potential seller untuk sebuah rumah di Taman Pulai Perdana. Esok nak check market value dan cuba deal. Nego till let go. Hehehe… :)

 

Saya Sibuk..

Ya saya sibuk sangat minggu ni.

Sibuk menghabiskan buku-buku yang baru dibeli untuk menambahkan lagi ilmu untuk menjadi semakin berjaya dan semakin kaya-raya. :)

Lepas habis baca, excited sangat. Banyak idea baru yang tak sabar nak diimplementkan.

 

Seronok baca buku. Rasa taknak buat kerja lain sebelum habiskan. Best sebab dapat belajar dari pengalaman orang lain.

Bagi saya buku adalah shortcut untuk berjaya.

Ok bagi saya peluang untuk habiskan buku John Maxwell ya. Selagi tak habis memang tak leh buat kerja lain.