Category: My Kids

Menangis Kerana Facebook..

Pagi tadi Abang Iqbal mengadu pasal Abang Adi yang menangis. Bila saya tanya kenapa?

Sebab dia tak boleh register Facebook.

 

Ayoyo.. baru 6 tahun dah menangis sebab nak main Facebook.

Alkisahnya Abang Adi nak sangat ada akaun Facebook. Jadi Abang Iqbal tolong registerkan emel yahoo. Lepas tu register Facebook.

Tapi bila nak login Facebook tak boleh sebab Abang Iqbal tak verify emel. Frust menonggeng Abang Adi dibuatnya.

Hahaha..

Lepas tu umi pun tolong verify akaun emel dan walla, akaun Facebook Abang Adi sudah boleh diakses.

Kat bawah ni gambar Abang Adi yang excited sebab dah ada akaun Facebook.

20120422-111055.jpg

Tahu..

Antara perkataan favourite Baby Ali sekarang..

Dating Dengan Cinta Hati

Pukul 10 pagi keluar rumah bersama cinta hati dan jadi antara pelanggan terawal di Jusco Taman Universiti. :)

Saja je bawa Baby Ali jalan-jalan santai. Bila tak ramai orang, rasa lebih yakin nak bagi dia jalan sambil kami berpimpin mesra. Chewah…

Kat bawah ni gambar Baby Ali main kat tempat permainan. Kesian jugak bila tengok dia main sorang-sorang sebab memang langsung tak ada budak lain masa ni.

Nak main sama-sama, kang kena saman dengan Jusco di atas tuduhan sengaja menyebabkan kerosakkan harta benda awam. :)

20120418-145509.jpg


Dari rumah lagi dia pakai kopiah PASTI milik Abang Adi. Bila ditanggalkan, dia nangis, jadi dia pun pakailah kopiah tu di sepanjang waktu dating.

Ramai yang tegur ustaz la, tok imam la. Amin.. Minta-mintalah makbul doa adik, kakak, abang dan makcik pakcik di Jusco tadi. :)

20120418-145516.jpg


Ni pulak gambar di pit stop seterusnya iaitu Giant berdekatan rumah. Suka sungguh dia tengok arnab. Umi pulak suka tengok gelagat dia.

20120418-145522.jpg


Alhamdulillah, suka sangat bila dapat menggembirakan cinta hati. :)