Category: My Kids

Misteri Di Pagi Ahad

Hari ni sesuatu yang misteri telah berlaku kepada Abang Adi.

Semasa sedang breakfast, saya dapati satu gigi bawahnya sudah tak ada. Padahal sebelum tu ada.

Dia pun langsung tak sedar dan tak rasa apa-apa.

Dah tertelan kot. Huahuahua..

20120219-110134.jpg

Kisah Abang Yang Terlebih Advance

Malam ni saya terdengar suara budak lelaki sedang bercakap dengan Abang Iqbal.

Saya ingatkan anak jiran saya datang ke rumah. Pelik jugak sebab tak pernah-pernah dia datang ke rumah pada waktu malam. Mungkin nak hantar kuih kot, fikir saya.

Bila saya tanya, rupa-rupanya Abang Iqbal sedang bervideo call dengan rakan sekolah dia.

Bervideo call di Facebook.

Aduyai.. advancenya dirimu Abang. Umi blogger bakal tersohor pun tak pernah guna video call di Facebook.

Bijak betul budak-budak zaman sekarang ni kan. Sebab bijak sangat, sekarang ni umi pun jadi makin malas.

Kalau nak tengok DVD pun, suruh anak tolong pasangkan. Nak pasang PS2 untuk anak main pun tak pandai. Apatah lagi nak main. Hahaha.. dalam kemodenan, ada sedikit kekampungan di situ.. :)

Saya Memang Sibuk, Tapi..

Dalam kesibukan, saya sempat balik ke rumah siang tadi dari pukul 2.30-4.00 petang.

Sempat golek-golek dengan cinta hati saya. Dan sempat menidurkan dia.

20120216-191846.jpg

Waktu dia paling baik adalah waktu dia tidur..

Alhamdulillah.. happy sangat dapat meluangkan masa dengan anak-anak walaupun dalam kesibukan yang teramat.