Category: My Kids

Happy Baby Ali @ Snogurt Taman Universiti

Lewat petang tadi saya, suami dan Baby Ali singgah ke kedai Taman Universiti yang baru dibuka pada hari ini.

Kedai ini terletak di Jalan Kebudayaan 7 iaitu sederet dengan pejabat Pos dan juga Dominos Pizza.

 

20120516-232820.jpg

Suami dan Baby Ali posing di depan kedai Snogurt


20120516-232826.jpg

Baby Ali yang sangat happy bila nampak belon


20120516-232832.jpg

Baby Ali yang excited bila dapat belon dan tak sabar nak makan snogurt


20120516-232838.jpg

Suasana dalam kedai yang ceria dan selesa


20120516-232844.jpg

Snogurt perisa Strawberry yang yummy!


Snogurt suami pulak tak sempat nak snap sebab hand phone dah kehabisan bateri.

Kepada rakan-rakan yang berada di sekitar Skudai, bolehlah cuba Snogurt ni. Sebagai promosi pembukaan, ada diskaun 30% selama sebulan bermula hari ini.

Untuk promosi dan kempen terkini, anda juga boleh melayari laman Facebook mereka di sini.. https://www.facebook.com/SnogurtTamanUniversitiJB

Selamat mencuba!

Abang Adi Ketuk Umi..

Sepanjang minggu ni Abang Adi tak bersekolah sebab minggu ni murid empat tahun dan lima tahun di sekolahnya ada ujian jadi murid enam tahun ‘dicutikan’.

Memandangkan Abang Adi pun dah besar dan dah boleh dibawa masuk majlis, pada hari Isnin saya bawa Abang Adi ikut saya untuk keluar berjumpa seorang rakan UTC untuk sesi berbual mesra.

Perjumpaan dibuat di Jusco berdekatan rumah. Sempatlah dia ‘ketuk’ umi untuk beli permainan di bawah..

 

20120514-140417.jpg


Setelah dikira-kira duit makan + minum + mainan, sebenarnya jauh lebih murah kalau saya tumpangkan dia di taska Ali. Hahaha… berkira sungguh umi ni! :)

Jom cuci mata tengok kepak ayam di Restoran Johnny’s.

20120514-161218.jpg

I like! 

Hadiah Hari Ibu..

Saya sebenarnya tak ingat langsung pasal hari ibu. Maklumlah saya dan suami pun sama-sama dah tak ada ibu.

Tapi kat sekolah anak-anak, cikgu mereka ajar pasal hari ibu. Dan di bawah ni adalah hadiah dari Abang Adi yang dibuat di sekolah.

20120510-202233.jpg

20120510-202227.jpg


Kat bawah ni pulak adalah kejutan dari Abang Iqbal petang tadi. Masa tu saya kat dalam bilik dan dia panggil saya keluar. Bila saya bukak pintu, nampak tulisan ni kat lantai. So sweet..

20120511-212707.jpg


Alhamdulillah rasa happy dan bersyukur sangat. :)