Category: Luahan Rasa

Insaf

Hari ni saya rasa insaf sangat..

Insaf selepas pergi ke Bazar Ramadhan yang berdekatan dengan rumah saya dan saya berjumpa dengan seorang kenalan.

Seorang adalah seorang rakan yang pernah sama-sama buat bisnes xxxxx dahulu. Dia lebih tua setahun dari saya.

Dia join bisnes xxxxx sebab mak dia pun salah seorang leader xxxxx. Lepas habis ijazah, dia terus aktif buat bisnes xxxxx dan dah pakai Honda Accord pada usia 24 tahun. Hebat kan?

Saya dah lama sangat tak jumpa dia. Tetiba hari ni terjumpa dia tolong suami dia berniaga Roti John di Bazar Ramadhan. Terkedu kejap……

……………………………………………………………………..

……………………………………………………………………..

……………………………………………………………………..

 

Memang betul hidup ini umpama roda. Kejap di atas, kejap di bawah.

Dulu saya di bawah. Sekarang di atas. Akan datang mungkin akan turun ke bawah semula.

Kita tak boleh melawan takdir. Tapi insyaAllah saya akan berikhtiar supaya dapat terus menambah baik atau setidak-tidaknya mengekalkan kehidupan seperti sekarang.

Namun begitu, ini menambahkan lagi semangat saya untuk menyimpan dan menyimpan.

InsyaAllah lepas ni sebahagian besar pendapatan yang diterima akan disimpan @ dilaburkan.

Taknak boros. Taknak sombong. Taknak kedekut.

InsyaAllah..

Saya Tak Tertipu, Tapi Saya Sangat Terhibur Mendengar Penipuan Awak! :)

Hari ini saya dengar dua versi cerita yang berbeza dari dua orang yang rapat dengan saya.

Memandangkan saya sangat mengenali kedua-dua yang bercerita, saya yakin salah seorang lagi telahpun membuat cerita yang tidak benar.

Tapi, saya tak akan sesekali menjadi orang tengah dan memburukkan lagi keadaan. Apapun, saya rasa agak terhibur dengan tipu daya seseorang pada hari ini.

Tetiba teringat kat pepatah di bawah,

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time – Abraham Lincoln

Jengkel Dengan Cara Penulisan Sambil Lewa Oleh Penghantar Komen

Semalam saya menerima soalan berikut daripada seorang pembaca.

salam Pn.Fadzilah

saya n suami ada brcdang utk buka kelas tuisyen pd thun ini di area kuala terengganu. sbg guru, sy trut ditugaskan utk mengjar tuisyen di sek men.dngn pnglmn yg ada, sy bercdng utk memprkmbangkan kmhrn ini dgn membuka kelas tuisyen

kmi bru meninjau peluang yang ada di skitar tmpt kami. sy alu-alukan cdngan & pndpt drp Pn. Fadzilah. adkh kptsn kami ini betul2 tepat?adakah byk risiko yng perlu kami tempuhi kemudian?

sekian.tq

Saya akan menjawab soalan ini di dalam entri berikutnya. Sebelum itu, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan apakah perasaan saya setelah menerima komen ini.

Tahukan rakan-rakan apakah perasaan pertama saya setelah menerima komen ini?

Saya merasa jengkel dengan cara penulisannya yang sambil lewa. Saya juga merasakan bahawa penulis komen ini merupakan seorang yang ambil mudah di atas kerja yang dilakukan. Ini kerana, sebagai seorang yang mendakwa dirinya seorang guru saya sangat kecewa dengan cara penulisannya yang banyak menggunakan singkatan dan mengandungi banyak kesalahan dari segi ejaan.

Rakan-rakan yang mengenali saya dengan rapat pastinya tahu bahawa saya bukanlah seorang yang cerewet tentang  hal-hal sebegini. Namun begitu apabila ia melibatkan seorang guru saya merasa kecewa dan hampa. Kalau beginilah cara pembaca ini menulis, bagaimana pula dengan anak-anak muridnya? Saya harap guru ini bukanlah guru Bahasa Melayu…

Saya akui sekarang ini ramai orang yang ambil mudah tentang singkatan dan kesalahan ejaan di dalam menulis mesej atau email. Kadangkala singkatan yang digunakan hanya difahami oleh empunya diri. Ditambah pula dengan ejaan yang salah, menyebabkan saya terpaksa membaca email atau mesej berulang-ulang untuk memahami apa yang cuba disampaikan.

Jikalau kita betul-betul ingin meminta pertolongan atau pendapat orang lain, yang pastinya akan mengambil sedikit masa mereka untuk membantu kita, apa salahnya jika kita sendiri mengambil sedikit masa kita untuk menulis dengan bahasa yang mudah difahami, tanpa menggunakan singkatan, dengan menggunakan ejaan yang betul dan membaca kembali mesej kita sebelum menghantarnya kepada orang lain.

Sebab itulah kadangkala saya mengambil masa yang agak lama untuk membalas email atau komen daripada pembaca dan juga apabila menulis di blog saya ini. Ini kerana, saya akan membaca semula apa yang ditulis berulang-ulang bagi memastikan tulisan saya tidak mempunyai kesalahan ejaan dan mesej yang ingin disampaikan dapat difahami dengan jelas.

Semoga luahan hati saya pada hari ini dapat memberi kesedaran kepada rakan-rakan di dalam perhubungan dengan sesiapa sahaja. Penggunaan bahasa dan cara penulisan yang baik bukan sahaja memudahkan pembaca untuk memahami apa yang ingin disampaikan, malah mampu meningkatkan kredibiliti kita.

Saya akhiri entri ini dengan kata-kata berikut:

There’s no second chance to make a good first impression

Ikhlas,