Category: Luahan Rasa

Antara Ayat Yang Saya Tak Suka..

Selalunya saya bercerita tentang benda yang saya suka. Hari ni nak buat sesi lepas geram sikit. :)

Antara ayat yang saya tak suka adalah bila saya call @ chat dengan seseorang dan dia cakap macam ni,

Lama tak dengar khabar. Ingatkan dah tak ingat kat kita.

 

Padahal dia pun tak de inisiatif nak contact kita. Tapi kenapa nak kena guna ayat-ayat macam tu.

Kalau saya tak angkat call dia atau tak balas sms dia, logikla nak cakap macam ni.

Tapi dia pun tak ada buat semua tu. Dia pun diam je. Dan saya pun faham dia pun sibuk dengan hidup dia.

Bila saya dah geram, saya memang akan diam dan terus takde mood nak meneruskan perbualan.

Moral of the story : Kalau taknak kawan-kawan anda menyampah dengan anda, tolong jangan guna ayat di atas.

Yang dah tersentap,
Fadzilah Mamat
15 Mei 2012

Contoh Character Assasination Yang Kurang Bijak..

Baru je semalam buat artikel tentang Character Assasination dan pagi ni pulak kecoh pasal muka depan akhbar Utusan dan Kosmo yang membuat character assasination terhadap Azmin Ali.

Sejujurnya saya tak baca dan malas nak baca. Pada saya, samada betul atau tidak ia tidak penting.

Yang penting adalah adakah Malaysia ini benar-benar sebuah negara Islam?

Patut ke muka hadapan surat khabar utama sebuah negara Islam menyajikan artikel dan gambar yang sungguh meloyakan?

Inikah gaya hidup yang ingin kita tanamkan pada generasi muda kita?

Adakah dengan mengeluarkan artikel sebegini menunjukkan wartawan Utusan Melayu dan Kosmo adalah wartawan yang profesional atau wartawan porno?

Kalau seseorang tak akan dianggap sebagai pesalah sehingga keputusan mahkamah dibuat, kenapa pihak media sewenang-wenangnya menyiarkan berita sebegini?

Adakah bidang kewartawanan lebih tinggi darjatnya daripada badan kehakiman?

Saya dah lama tak tengok berita utama disebabkan tak mahu anak-anak saya mendapat input 18 sx daripada pembaca-pembaca berita porno.

Tolonglah hentikan penyiaran berita-berita sebegini, kami sememangnya sudah muak!

Kisah Milo..

Entri ni adalah entri lepas geram.

Pagi tadi saya breakfast di sebuah gerai. Saya order milo suam. Tapi yang saya dapat bukanlah Milo tetapi air coklat.

Ni bukan kali pertama. Ada beberapa kedai pun sama. Gunakan coklat jenama lain sebagai pengganti Milo.

Saya order air Milo. Bukan air coklat, tak kisahla jenama apa-apa.

Kalau memang Milo mahal, takpe. Jual pada harga yang berpatutan. Tapi jangan pulak jual air coklat jenama lain, dahlah mahal jugak.

Kepada peniaga-peniaga yang membaca entri ni, tolong jangan tipu pelanggan macam ni ya. Pelanggan bukannya tak tahu. Dah berpuluh tahun minum Milo mestilah dapat rasa perbezaannya.

Kalau pelanggan tahu, pelanggan akan rasa geram dan hilang kepercaayaan dan dapat dosa menipu. Kalau pelanggan tak tahu pun, dapat juga dosa menipu.

Saya akhiri dengan ucapan,

Minum Milo anda jadi sihat dan kuat!