Category: My Business

Adakah Anda Ingin Membina Blog Sendiri?

Hari ini seorang sahabat baik saya telah meminta bantuan saya untuk mengajarnya membina blog. Memandangkan dia berada di Kelantan, maka agak susah untuk saya mengajarnya secara hands-on. Jadi, dia pun meminta bantuan saya untuk membina blog untuknya dan selepas itu mengajarnya cara untuk mengendalikannya.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya diminta untuk membantu membina blog @ laman web untuk rakan-rakan. Walaupun ada yang membayar perkhidmatan ini, ada juga yang saya bantu dengan ikhlas; termasuklah seorang lecturer saya semasa saya sedang belajar di peringkat Masters di UTM sebelum ini.

Namun begitu, apabila saya semakin sibuk saya mula sedar bahawa saya tidak mampu untuk membantu semua orang kerana ia merupakan proses yang memakan masa dan kadangkala saya terpaksa mengorbankan masa saya untuk melakukan bisnes saya dan juga masa bersama keluarga.

Oleh itu, bermula April 2009, saya mula mengenakan caj sebanyak RM300 bagi setiap laman web .com (caj ini termasuklah bayaran doman dan hosting selama setahun dari NetKL.com). Sebaliknya untuk laman web percuma seperti blogspot, saya mengenakan caj sebanyak RM150. Upah ini merangkumi pemasangan, mengajar cara untuk mengendali laman web, pemilihan tema yang bersesuaian, submission kepada search engine, mengajar teknik search engine optimization dan juga memasukkan widget2 yang bersesuaian seperti shoutbox, slide dll.

Jika anda berminat untuk mendapatkan servis saya, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Idea Bisnes : Tuisyen Peribadi @ Tuisyen Di Rumah

Hari ini saya ingin berkongsi satu idea bisnes yang sangat menarik iaitu tuisyen peribadi @ tuisyen di rumah @ home tuition @ personal tutor @ home tutor dan pelbagai lagi nama yang memberi maksud yang sama.

Pada awal bulan ini (Julai 2009), saya dan kakak telah mengusahakan Pusat Tuisyen BonCee di Taman Pulai Utama, Skudai. Kami menawarkan beberapa kelas seperti Kelas Cepat Membaca, Kelas Iqra’, Tuisyen PMR, Tuisyen SPM dan juga Kelas Tuisyen Peribadi.

Nak tahu kelas apa yang paling glamer? Jeng-jeng-jeng.. Jawapannya adalah Kelas Tuisyen Peribadi!!

Pada mulanya hanya kakak saya yang mengajar kelas tuisyen peribadi (samada di rumah pelajar ataupun di tempat tuisyen kami) sebaliknya saya hanya mengajar Kelas Iqra’ pada setiap Isnin-Khamis (8-9 malam).

Pada minggu lepas, salah seorang klien saya (Pelabur Public Mutual) telah meminta pertolongan saya untuk mengajar subjek Matematik kepada anaknya yang sedang belajar di peringkat Matrikulasi dan sedang bercuti. Pada mulanya saya teragak-agak untuk menerima job ini tetapi memandangkan saya cuma perlu mengajar selama seminggu sahaja (kerana cuti anaknya hanya tinggal seminggu lagi), maka saya pun bersetuju.

Mengikut perjanjian, saya akan mengajar anaknya selama 2 jam pada setiap hari selama 7 hari dengan bayaran RM30 satu jam. Sebenarnya bayaran ini adalah harga istimewa untuk klien saya. Maklumlah dia sendiri sudah lama menjadi klien saya. Kalau nak diikutkan harga pasaran, dalam lingkungan RM50 satu jam.

Berapa jumlah yang akan saya dapat? RM30 x 2 x 7 = RM420. Okaylah tu kan?

Nak tahu berapa pendapatan kakak saya sebagai guru Kelas Tuisyen Peribadi? Pendapatannya adalah melebihi RM3000 sebulan sedangkan waktu kerjanya yang sebenar cumalah dalam 4-5 jam sehari.

Saya pasti ada yang merasakan jumlah2 yang dinyatakan di atas adalah terlalu sedikit dan tidak berbaloi. Namun begitu peluang ini sangat sesuai untuk pelajar yang ingin mencari kerja part time, graduan yang sedang menganggur atau suri rumah yang mempunyai banyak masa yang terluang.

Nantikan artikel saya yang seterusnya berkenaan dengan cara untuk mempromosikan servis tuisyen peribadi..

Saya Memulakan Bisnes Pusat Tuisyen Secara Kecil-kecilan

Bermula 1 Julai 2009, saya dan kakak telah memulakan bisnes tuisyen secara kecil-kecilan. Saya namakannya sebagai Pusat Tuisyen BonCee yang beroperasi di Taman Pulai Utama, Skudai.

Antara kelas yang ditawarkan adalah Kelas Iqra’, Kelas Cepat Membaca, Tuisyen PMR & SPM dan juga Personal Tutor @ Tuisyen di rumah. Kebanyakan subjek adalah diajar oleh kakak saya, Cikgu Asma yang telah mempunyai pengalaman di dalam bidang Home Tuition melebihi selama lebih 12 tahun.

Saya juga turut mengajar Kelas Iqra’ dan juga Kelas Cepat Membaca. Walaupun sebelum ini saya hanya mempunyai pengalaman mengajar anak sendiri, tetapi saya rasa sangat seronok mengajar dan melihat pelajar2 saya faham dan dapat mengikut modul yang diajar.

Buat sementara waktu, saya belum menyewa premis sebaliknya menyewa tadika kawan saya. Maklumlah, tadika beliau hanya beroperasi sehingga pukul 1 dan kelas saya pula di sebelah petang dan malam.

Alhamdulillah, walaupun baru sahaja beroperasi, kami telah berjaya mendapat jumlah kutipan yuran melebihi RM4000. Mungkin rezeki kami..