Category: My Business

Saya Tak Sabar..

Saya ada satu penyakit kronik. Penyakitnya adalah penyakit tak sabar. Kalau nak sesuatu benda, memang rasa tak sabar sangat.

Macam sebelum ni, nak naik ke pangkat Agency Manager ni, rasa tak sabarnyaaaaaa…

Bila dah naik pangkat pada April 2011, memang happy sangat. Selepas tu sepanjang tahun 2011 saya tenang je. Tiba-tiba bila tahun 2012 muncul, penyakit tak sabar datang kembali.

Tak sabar nak jadi Group Agency Manager!!

Syarat untuk naik pangkat secara biasa adalah buat personal sales RM2.5 juta dan group sales sebanyak RM18 juta selama 2 tahun.

Kalau nak lebih cepat, pun boleh. Boleh naik pangkat secara fast track. Tapi kena gandakan personal sales dan group sales. Tu yang ‘mencabar’ tu..

Setakat ni untuk naik ke pangkat GAM secara biasa insyaAllah dalam genggaman. Tapi tak sabarnya rasa nak menunggu April 2013. Nak sangat!!

Dalam pada tak sabar nak jadi GAM, tetiba rajin godek-godek blog dan pasang iklan Nuffnang. Boleh gitu? :)

Masyukkk..

Pastu bila baca pasal pasif income blogger lain yang mencecah beribu-ribu ringgit sebulan melalui Nuffnang, perasaan tak sabar muncul lagi.

Nak jugak!!

Dengan ini saya merancang untuk menulis blog dengan sangat kerap (mungkin 3 kali sehari) sebab nak dapat pasif income melalui Nuffnang jugak.

Bukan apa, sebelum ni dalam pada tak serius berblog, saya pun dah dapat income Nuffnang ni. Jadi kali ni nak lebih serius la.

Hmm.. panjang lebar pulak kisah tak sabar ni ha. Ok saya stop dulu ya. Assalamualaikum…… *^_^*

 

Hari Yang Tersibuk Sepanjang Minggu

Pagi – Call beberapa orang klien.

Pukul 11.00 – Jumpa klien yang nak bagi draf wasiat untuk diserahkan kepada PB Trustee.

Pukul 11.30 – Personal coaching dengan En Lukman.

Pukul 1.30 – Balik rumah + solat.

Pukul 2.30 – Keluar dengan Kak Zarra. Destinasi pertama adalah rumah seorang Tuan Haji yang sudah melabur dan minta kami ‘review’ status pelaburan.

Pukul 4.00 – Singgah di rumah prospek kedua Kak Zarra. Alhamdulillah si suami sudahpun melabur melalui EPF dan memang sedang merancang untuk membuat pelaburan tunai. Dia memang nak melabur. Dah isi borang. :)

Pukul 6.00 – Singgah di Plaza Angsana untuk solat sementara menunggu prospek saya.

Tu je dulu setakat ni.

p/s : Entri ditulis sambil tunggu turn untuk solat di Surau Plaza Angsana.

Jom tengok surau yang sangat cantik dan selesa ni..

20120126-183736.jpg

Surau di shopping mall yang paling best kat Johor!

Suasana Meriah Di Public Mutual JB

Hari ni saya ke pejabat Public Mutual JB untuk submit borang pendaftaran ejen baru dan juga beberapa borang pelaburan klien.

Sampai je kat sini, terkejut sangat tengok suasana yang sangat meriah dari luar pintu.

Mungkin jugak disebabkan hari ni banyak syarikat yang masih bercuti, jadi ramai pelabur yang datang untuk tengok status pelaburan mereka.

Selain itu, rakan-rakan UTC pun sibuk menghantar borang sebelum tarikh cut off bulan ni.

Jom tengok gambar suasana kat pejabat saya..

20120125-132715.jpg

20120125-133053.jpg

20120125-133106.jpg

p/s : Entri ditulis di kaunter sementara menunggu staf menguruskan borang-borang yang saya submit. :)