Category: My Business

Jangan Ingat Orang Yang Bekerja Dari Rumah Ni Tak Serius

Pagi ni ada seorang klien saya call. Bila dia tanya saya kat mana dan saya cakap saya kat rumah, dia macam rasa hairan sangat.

Macam saya ni tak serius bekerja.

Hahaha.. Kelakar je.

Memang kerja saya ni fleksibel Encik. Tak semestinya kena keluar rumah. Keluar rumah hanya untuk jumpa klien, jumpa orang yang nak melabur, nak jual pelaburan, nak buat pertukaran dana, nak jadi ejen dan sebagainya.

Kerja-kerja seperti tengok pergerakan dana, hantar report, bagi maklumat pada ahli kumpulan, setup tempat roadshow, follow up dan sebagainya saya buat dari rumah je.

Tak semestinya orang bekerja dari rumah tak serius. Kadangkala yang bekerja dari rumah ni lebih fokus sebab tak diganggu oleh rakan sekerja dan tak perlu nak melayan karenah politik pejabat.

Tapi pagi ni je saya kat rumah. Kejap lagi nak keluar untuk submit beberapa borang pelaburan termasuklah cek pelaburan korporat bernilai RM200,000. Alhamdulillah.. :)

 

Nak Tahu Macamana Kehidupan Seorang Ejen Public Mutual?

Hari ni ternampak keyword di bawah.

Kehidupannya sangat fleksibel dan membahagiakan.. :)

Untuk saya, biasanya hanya akan keluar dalam pukul 10 pagi dan sampai rumah sebelum pukul 5 petang sebab taknak menghadapi kesesakan jalanraya.

Ada masanya langsung tak keluar tapi buat call ataupun hantar emel pada prospek dan klien.

Yang bestnya kita boleh pilih dengan siapa kita nak berurusan, bila dan di mana.

Nak komisyen banyak boleh. Nak komisyen sikit pun boleh. Taknak komisyen langsung pun boleh.

Kepada yang berminat untuk jadi ejen unit trust Public Mutual macam saya, boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.

Welcome to the club! :)

 

Kelebihan Bekerja Di Rumah

Bila penat, boleh baring kat sofa.

Penat lagi, boleh baring kat katil.

Boleh guna komputer secara meniarap.

Kalau dahaga, masuk dapur dan bukak peti ais.

Jimatkan duit minyak. Lagipun kita boleh rancang destinasi yang nak dituju setiap hari.

Bekerja sambil tengok anak dan kadangkala bergurau senda dengan anak.

Alhamdulillah.. Bersyukur sangat jadi UTC dan boleh bekerja dari rumah.

Na Na Na Na Na… I’m loving it!!