Category: Luahan Rasa

Saya Tak Suka Tengok TV & Saya Tak Suka Anak-Anak Tengok TV

Macamana saya ada banyak masa untuk update blog, close sales, coaching ejen dan mengajar anak? Rahsianya adalah saya tidak menonton TV. Pada saya, menonton TV adalah satu perkara yang sangat merugikan.

Apatah lagi rancangan bersiri dengan pelakon yang tidak menutup aurat, kisah keluarga dengan gaya hidup yang mementingkan keduniaan, kisah anak-anak derhaka dan dialog-dialog yang kurang senonoh di mata saya.

Memang betul, ada drama atau filem yang dapat memberikan pengajaran, tapi pada saya pengajaran yang diperoleh adalah terlalu sikit berbanding dengan dialog dan babak yang boleh memberi contoh negatif kepada anak-anak saya.

Tak campur lagi dengan iklan yang mempengaruhi anak-anak untuk membeli barangan tertentu, iklan yang cuba menonjolkan gaya hidup tertentu, iklan yang menunjukkan pergaulan yang bebas dan sewaktu dengannya.

Saya cukup tak berkenan dengan iklan sebuah losyen yang mana si gadis rasa bangga bila bersentuhan dengan lelaki lain sebab kulit dia lembut. Nauzubillah.. kalau ada anak perempuan, memang mintak dijauhkan sangat.

Pastu iklan deodorant Nivea kot yang mana bila pakai kononnya ketiak jadi putih pastu sibuk nak tayang ketiak. Aduyai… tak berkenan sungguh!!

Pendek kata, saya lebih rela anak-anak tengok DVD cerita kartun dan main PS2 daripada menonton drama Melayu di TV.

Say no to TV!

“You watch television to turn your brain off and you work on your computer when you want to turn your brain on.”
– Steve Jobs, co-founder of Apple Computer and Pixar, in Macworld Magazine, February 2004

Saya pernah berkunjung ke rumah seorang kenalan. Dia peminat sebuah drama di Astro. Hari tu kebetulan dia ada hal jadi bila dia balik ke rumah, dia minta anak-anaknya (anak lelaki berusia 8 tahun dan anak perempuan berusia 11 tahun) untuk bagi ringkasan episod yang dia tertinggal.

Pastu anak dia ceritalah. Heroin kena rogol. Pastu dia mengandung. Pastu dia nak gugurkan kandungan sebab taknak lahirkan anak haram.

Aduyai.. rasa cam nak balik masa tu jugak sebelum anak saya tanya rogol tu apa, gugurkan kandungan tu apa dan anak haram tu apa.

InsyaAllah lain kali saya sambung lagi topik ni ya. Especially topik tuan rumah bukak TV bila tetamu datang. Tetamu datang nak berbual dengan tuan rumah, bukannya nak tengok TV. Jadi, bila tetamu datang, tak payahlah bukak TV ya. Dikhuatiri tetamu cepat-cepat rasa nak balik sebab tak selesa.

 

Perlu Ke Buka Aib Orang Untuk Naikkan Ranking Blog?

Saya ada terbaca beberapa blog yang menggunakan nama orang-orang yang popular dengan tajuk yang panas dan isi kandungan yang membuka aib orang lain dengan tujuan untuk mendapat hits yang banyak dan menaikkan ranking blog.

Bila hits dah banyak, populariti blogger tersebut makin bertambah dan duit iklan pastilah bertambah masyuk kan.

Tapi ikhlas saya cakap, saya tak setuju sangat dengan cara ni. Dari segi duniawi, ya memang bagus.

Tapi dengan segi ukhrawi, dari segi moral, dari segi dosa dan pahala, memang tak bagus sangat.

Tak perlu guna taktik macam ni untuk naikkan ranking blog. Masukkan kandungan yang menarik dan berilmiah, pasti ranking blog akan bertambah dari sehari ke sehari.

Cuba contohi blog http://www.shahabudeenjalil.com/ dan http://www.mindahartawan.com/ yang sangat menarik tanpa sebarang kontroversi.

Pendek kata, sebelum buat sesuatu, fikir dalam-dalam dan panjang-panjang. Fikir kesan perbuatan kita untuk tempoh 5 tahun, 10 tahun atau 20 tahun.

Lebih bagus kalau fikir sehingga ke alam akhirat. Ini kerana, bagi setiap manusia bernyawa, perkara yang pasti adalah KEMATIAN.

Sebagai seorang blogger, tulislah artikel yang mendatangkan kebaikan dan pahala berkali-kali dan bukannya dosa yang berterusan.

Perasaan Bercampur-Campur..

Malam ni tiba-tiba teringat pada kawan-kawan MRSM PC 97/98. So, saya pun singgahla ke beberapa blog dan juga FB beberapa rakan yang agak rapat dengan saya.

Dari satu blog, singgah ke blog lain. Dari satu profile FB, ke profile FB yang lain pulak.

Macam-macam perasaan timbul.

Kesian – Pada seseorang yang lain yang diuji dengan kesihatan anak-anak.

Bersyukur – Bila baca keluhan hati seseorang yang belum kahwin dan masih teringat pada bekas kekasih. Bersyukur sebab saya dianugerahkan nikmat pasangan pada usia yang sangat muda. Alhamdulillah, tahun ni kami akan sambut ulangtahun ke 10.

Risau – Bila baca pasal seseorang yang sebaya dengan saya dan dah mendapat sakit jantung. Rasa bersyukur sangat dengan segala nikmat kesihatan yang diberiNya. Di samping berazam nak menjaga kesihatan dengan lebih baik.

Curious – Ha? Ni pun ada? :) Curious dengan beberapa orang yang bercerai. Ada yang dah 3 kali bercerai sebelum umur 30 tahun. Kenapa ya? Hmm… taknak fikir negatif. Mungkin ini ujian Allah kepadaNya. Setiap orang kan diuji dalam bentuk yang berbeza-beza.

Happy – Dengan perubahan seseorang yang sudah semakin positif. Dulu saya terpaksa baca status dia yang selalu negatif. Tapi nampaknya sekarang dia dah banyak perubahan. Alhamdulillah..

Pendek kata, perasaan saya bercampur-campur malam ni.

Yang pastinya, secara keseluruhannya saya sangat-sangat bersyukur dan happy dengan kehidupan saya sekarang.

Bukan sebab saya tidak diuji. Tapi sebab Allah kurniakan saya pemikiran sihat & cerdas yang membantu saya melihat sesuatu yang positif dari setiap apa yang berlaku, dan menjadikan saya seorang isteri, ibu, anak, sahabat, kakak dan UTC yang sangat bahagia. Alhamdulillah!

Happiness is appreciating & enjoying what you have & what you don’t have! -FM