Category: Journal of an Aspiring Lecturer

Saya Akan Memulakan Pengajian PhD Bermula Jun 2010

Sejak kebelakangan ini ramai rakan-rakan mula bertanya tentang perkembangan pengajian PhD saya. Maklumlah sebelum ini bersemangat sangat nak memulakan pengajian PhD, pastu tetiba diam je..  Macam dah tukar plan je kan? :)

Walaupun saya telah mendapat surat tawaran daripada pihak UTM yang membolehkan saya untuk memulakan pengajian pada bila-bila masa, tetapi setelah berbincang dengan keluarga dan suami tercinta, mereka menasihatkan saya supaya memulakan pengajian selepas selesai berpantang nanti.

Sebagai seorang anak dan isteri solehah (ehem-ehem), sudah pasti saya mendengar nasihat mereka. Tambahan pula semakin hari kandungan saya semakin membesar dan saya juga semakin tidak sihat untuk bergerak aktif. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk memulakan pengajian PhD bermula bulan Jun nanti. Insya’Allah..

*Harap-harap baby saya nanti tak jadi macam ni..

Kebetulan pada masa yang sama bisnes unit trust saya secara online juga menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Boleh dikatakan setiap hari saya dihubungi oleh bakal pelabur dan juga bakal ejen yang berminat untuk mengetahui tentang pelaburan unit trust.

Mungkin inilah yang dikatakan rezeki anak. Siapa sangka, dengan kemudahan teknologi internet, mak buyung yang sedang sarat mengandung pun boleh buat sales tanpa perlu keluar rumah. Alhamdulillah…

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para klien baru saya di seluruh Malaysia yang sudi menjadi klien saya walaupun tanpa bersua muka. Insya’Allah saya akan sentiasa berusaha untuk memberi servis yang terbaik dan tidak akan sesekali mengambil kesempatan di atas kepercayaan anda terhadap saya.

Ikhlas,

Kisah Orang Yang Nak Buat PhD Tapi Tak Siapkan Lagi Research Proposal

Petang semalam saya telahpun menghubungi pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat lanjut biasiswa yang ditawarkan untuk pelajar PhD terutamanya berkenaan Pembiayaan Untuk Pengajian Ijazah Lanjutan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Kedua yang telah diumumkan di dalam Budget Mini 2009. Menerusi pembiayaan ini, pelajar PhD boleh mendapat biasiswa sehingga RM20,000 bagi menampung yuran dan perbelanjaan yang berkaitan.

Malangnya program pembiayaan ini telah pun ditutup. Namun begitu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga ada memaklumkan kepada saya bahawa mereka baru sahaja membentangkan cadangan@ proposal untuk skim pembiayaan yang lain (yang akan membiayai yuran pengajian dan memberi elaun bulanan melebihi RM1000 sebulan kepada pelajar PhD sepenuh masa). Jika proposal ini lulus, pelajar yang sedang/akan mengikuti pengajian PhD boleh mula membuat permohonan bermula September 2010.

Namun begitu, pelajar pascaijazah (Masters/PhD) masih lagi berpeluang untuk memohon biasiswa SLAB/SLAI yang ditawarkan oleh beberapa universiti tempatan seperti UniMAP, UPSI dan UMP ataupun memohon skim tutor yang ditawarkan oleh kebanyakan IPT.

Saya juga bercadang untuk memohon SLAB (Skim Latihan Akademik Bumiputera) selepas saya menyiapkan research proposal saya nanti. Ini kerana research proposal perlu dilampirkan beserta sijil-sijil akademik pemohon.

Sekarang ni saya sedang cuba mendapatkan bahan untuk menyiapkan research proposal. Walaupun perkara ini merupakan perkara paling asas di dalam pengajian PhD, saya rasa tugasan ini sangat mencabar. Ini kerana saya perlu membaca tulisan-tulisan akademik dan juga literature review daripada tesis-tesis terdahulu yang saya rasakan sangat memboringkan. Kalau diikutkan, kajian saya nanti adalah di dalam bidang keusahawanan dan tidaklah terlalu akademik. Namun hakikatnya saya perlu membaca kajian-kajian akademik yang terdahulu bagi menyiapkan research proposal saya nanti.

Secara peribadi, saya lebih rela meluangkan masa membuat kajian tentang peluang-peluang perniagaan terkini dan membaca kisah-kisah kejayaan para usahawan daripada membaca tulisan-tulisan berbentuk akademik yang berbentuk skema dan terlalu banyak rujukan. Pening kepala saya dibuatnya..

Semalam saya cuba membaca literature review berkenaan topik keusahawanan. Tidak sampai setengah jam, saya rasa ia terlalu membosankan.

Last-last saya berhenti dan menggunakan masa saya untuk mencari peluang-peluang perniagaan terkini dan juga membaca kisah-kisah motivasi keusahawanan sehingga saya tidur hampir pukul 5 pagi.

Saya memberi tempoh sehingga hari Khamis ini untuk saya untuk menyiapkan research proposal dan bercadang untuk mendaftar di Sekolah Pengajian Siswazah pada hari Jumaat. Sekarang saya masih mencari-cari mood untuk menyambung kembali kajian yang tergendala.

Stay tune untuk mengetahui perkembangan terkini saya. Bubbye!

Saya Mungkin Akan Memulakan Pengajian PhD Lebih Awal

Hari ini saya telah menghubungi Sekolah Pengajian Siswazah UTM untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan tawaran melanjutkan PhD di UTM dan apa yang patut saya lakukan jika saya ingin menerima tawaran tersebut.

Daripada perbualan saya dengan SPS, sebenarnya saya boleh mendaftar pada bila-bila masa dan tidak perlu mengikut sistem semester seperti pelajar Ijazah ataupun Sarjana. Dengan kata lain, jika saya mendaftar sekarang saya boleh memulakan pengajian saya pada bulan April dan bukannya pada bulan Jun nanti.

Sebenarnya saya pun sudah tidak sabar untuk memulakan pengajian kerana ia hanya memerlukan saya untuk membuat penyelidikan, sesuai sangatlah dengan saya yang memang sangat percuma (read : FREE) sekarang ni. Yelah, saya pun tak sihat untuk bergerak secara aktif dan banyak menghabiskan masa di hadapan komputer.

Daripada saya sibuk membaca blog2 politik dan juga menonton filem2 yang ntah apa-apa, lebih baik saya gunakan masa ni untuk penyelidikan PhD saya. Betul tak?

Manalah tahu at the end of my PhD journey nanti, saya pun boleh terbitkan buku macam ni kan? Mesti best..

Setelah berbincang dengan suami, saya mengambil keputusan untuk mendaftar pada minggu hadapan. Oleh itu, sepanjang minggu ini saya perlu menyiapkan Research Proposal kerana ia perlu diserahkan kepada SPS pada hari pendaftaran saya nanti.

Sebagai seorang yang sukakan cabaran, saya rasa sangat excited dan tidak sabar untuk memulakan hidup baru sebagai seorang pelajar PhD. Harap rakan2 dapat mendoakan kejayaan saya..