Category: Info KPLI

Pendaftaran Peserta KPLI di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim

Hari ini saya telah menemankan suami saya untuk mendaftar sebagai peserta KPLI di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim, Larkin, Johor.

Sebelum kami pergi bermacam-macam persoalan bermain di fikiran saya terutamanya dari segi penginapan. Saya nak pastikan samada dia wajib tinggal di asrama ataupun tidak. Maklumlah kami sudah mempunyai 2 orang anak lelaki yang tengah aktif (Muhammad Aidil Iqbal – 4 tahun dan Muhammad Adi Irsyad – 18 bulan) dan saya tidak boleh bayangkan kalau saya terpaksa menjaga mereka seorang diri selama hampir setahun suami saya berkursus nanti.

Setelah semua sesi pendaftaran selesai, saya rasa tersangatlah lega kerana peserta KPLI di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim tidak diwajibkan untuk tinggal di asrama. Alhamdulillah, hanya tuhan yang tahu betapa leganya saya!

Kepada rakan-rakan yang sedang mencari maklumat tentang KPLI, di sini saya kongsikan beberapa maklumat yang mungkin berguna kepada anda:

1. Peserta KPLI akan dibayar elaun sebanyak RM13++ setiap bulan sepanjang tempoh kursus (tp elaun ini hanya akan diterima selepas bulan ketiga – biasalah tu… )

2. Tempoh kursus adalah selama setahun dan mengikut jadual sesi persekolahan Malaysia (maknanya kalau sekolah cuti, peserta KPLI pun akan bercuti. Best kan?)

3. Sekarang ni KPLI hanya menyediakan kursus untuk mengajar di Sekolah Rendah sahaja.

4. Gaji guru KPLI adalah lebih daripada guru biasa (Kalau tak salah, beza dalam seratus lebih – Kira okay jugakla sebab peserta KPLI ni belajar lebih lama daripada guru biasa)

5. Ramai peserta KPLI yang bercinta dengan rakan sekursus (Fakta penting ni! Kepada sesiapa yang mempunyai tunang/kekasih yang bakal menyertai KPLI sila berhati2 dengan fakta ini sebab terdapat banyak kes putus tunang apatah lagi putus cinta.. )

Hihihi… setakat ini sahajalah info tentang KPLI untuk hari ini. Jangan marah..

p/s : Anda juga boleh layari laman web ini http://www.ekpli.com untuk mengetahui maklumat lanjut dan juga rahsia untuk lulus cemerlang di dalam KPLI.

Keputusan KPLI Ambilan Januari 2008 Diumumkan Hari Ini

Hari ini keputusan KPLI Ambilan Januari 2008 telah diumumkan.

Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan yang berjaya terutamanya buat suami saya, En Mohd Ridzuan yang memang telah lama bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Alhamdulillah beliau ditempatkan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim di Johor Bahru, jadi kami tidaklah berjauhan sangat walaupun nanti beliau terpaksa tinggal di asrama.

Kepada rakan-rakan yang gagal, anda masih berpeluang untuk membuat rayuan. Lagipun jika anda gagal memasuki bidang perguruan, jangan berputus asa. Mungkin rezeki anda lebih cerah di bidang yang lain. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.