Category: Info Bisnes & Franchise

Seminar PERCUMA 3 Hari Termasuk Tempat Tinggal/Makan/Minum/Bahan Kursus/Sijil Anjuran USAHANITA

Just to share the information on the latest programme conducted by USAHANITA. Read the following for details:

Sejajar dengan salah satu misi USAHANITA iaitu : Berusaha menaikkan taraf kemahiran dan memperbanyakkan program latihan samaada bagi Ahli-ahli USAHANITA atau Organisasi/NGO/individu wanita yang lain, USAHANITA Malaysia akan menganjurkan ”Seminar Latihan & Pembangunan Insaniah” bagi memberi pendedahan kepada para peserta samada melalui Organisasi/NGO/individu bagi mendalami kaedah-kaedah Pengurusan Kewangan, Plan-plan Strategik, Peranan Konstitusi, Misi & Visi sesebuah Organisasi/NGO/individu dan menerapkan Syahsiah Mulia kepada setiap individu bagi melahirkan Organisasi/NGO/individu yang Profesional dan berperibadi mulia.

PENGISIAN SEMINAR: Halatuju Wanita ke Arah 1 Malaysia, Persatuan/Organisasi/Usahawan Berstrategi : Perancangan Plan Strategik, Belanjawan Berhemah, Halatuju Usahawan Wanita dalam Menghadapi Krisis Ekonomi Global, Menerap Syakhsiah Siti Khadijah R.A. Di Dalam Diri Wanita

Program ini dibahagikan kepada 4 Zon seperti berikut :

1. ZON TIMUR – Negeri Pahang / Terengganu
Tempat Mercu Beach Resort, Cherating, Pahang
Tarikh 4 – 6 hb Mei 2010
Pengerusi Puan Rosliza Ariffin (019-9872327)

2. ZON TENGAH – Negeri Selangor / Wilayah Pesekutuan
Tempat Lembah Azwen Resort Ulu Langat Selangor
Tarikh 21 – 23 hb Mei 2010
Pengerusi Ybhg Datin Hjh Fathiyah Jailani (012-2083317)

3. ZON UTARA – Negeri Kedah / Pulau Pinang / Perak
Tempat Chandek Kura Resort, Langkawi
Tarikh 25 – 27 hb Mei 2010
Pengerusi Cik Junaimaslinda Othman (016-2220151)

4. ZON SELATAN – Negeri Melaka / Negeri Sembilan / Johor
Tempat Bandar Bersejarah Melaka
( akan dimaklumkan hotel kemudian )
Tarikh 8 – 10 hb Jun 2010

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA
3 hari 2malam ( termasuk tempat tinggal / makan / minum / bahan kursus )
Penyertaan adalah kepada : Semua Ahli USAHANITA / NGO / Ibu Tunggal / Bakal Usahawan Baru dan juga yang berkenaan
Untuk borang penyertaan atau keterangan lanjut hubungi
Biro Latihan & Keushawan Usahanita
Cik Junaimaslinda 016 – 222 0151
Email : usahanitakedah@yahoo.com Fax : 04 – 441 0305
atau sila hubungi urusetia negeri yang tertera

Saya Akan Mengikuti Program Francais Siswazah..

Pada pertengahan Jun ini saya akan menyertai Program Francais Siswazah di Kuala Lumpur selama hampir tiga minggu.

Bagi rakan-rakan yang masih belum mengetahui tentang Program Francais Siswazah, berikut adalah maklumat lanjut:

Program Francais Siswazah adalah program khas bertujuan untuk melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera dari kalangan siswazah yang berkaliber, berdaya saing dan berkeyakinan untuk menceburi bidang perniagaan francais. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat bimbingan dan latihan dalam aspek pengurusan perniagaan, risiko-risiko perniagaan, kelas motivasi serta menjalani praktikal di outlet francaisor yang dipilih.

Selepas latihan, peserta juga akan dibimbing untuk penyediaan rancangan perniagaan bagi membantu mereka mendapatkan pembiayaan daripada PNS dan lain-lain institusi kewangan. Program ini menawarkan pembiayaan dan pinjaman maksima sehingga 90% atau RM500,000.

Walaubagaimanapun, bakal usahawan dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah keseluruhan kos perniagaan. Ini merupakan komitmen mereka dalam menjayakan perniagaan francais masing-masing. Namun demikian, kelulusan pinjaman adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh panel pembiayaan kewangan.

Secara ringkasnya, program bersepadu ini amat menarik dan menguntungkan para peserta terutama dalam aspek keusahawanan dan perniagaan francais. Tiga aspek utama yang diberi penekanan iaitu latihan dan bimbingan, pembiayaan dan pemantauan, diyakini boleh menjadikan golongan ini seorang usahawan francais ataupun francaisi yang berjaya

Jika anda berminat untuk menyertai program ini, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:

  1. Mendaftar secara “on-line” di www.pns.com.my
  2. Menghadiri taklimat program dan menduduki Ujian Psikometrik pada tarikh dan tempat yang akan ditentukan;
  3. Hanya peserta yang lulus temuduga akan ditawarkan untuk menyertai program ini.

Harap maklum.

Ingin Menjadi Usahawan Franchise?

Adakah rakan-rakan berminat untuk menjadi seorang usahawan Franchise?

Sebenarnya Perniagaan Franchise merupakan satu jenis perniagaan yang sangat baik dan kurang risiko berbanding model perniagaan biasa. Ini kerana, perniagaan franchise biasanya merupakan sebuah perniagaan yang sudah terbukti kejayaannya. Antara kelebihan perniagaan franchise adalah seperti berikut:

a. Jenama yang sudah kukuh/dipercayai

b. Produk yang berkualiti

c. Kaedah pengendalian bisnes yang seragam dan terbukti kejayaannya

d. Sokongan dan latihan yang komprehensif

e. Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang berterusan

f. Strategi pengiklanan dan pemasaran yang berkesan

g. Bantuan dalam pemilihan tapak perniagaan

h. Servis ubahsuai dan nasihat

i. Bantuan dalam pembukaan kedai baru

j. Pelaburan yang rendah

k. Rahsia perniagaan yang ekslusif

l. Risiko rendah

m. Pulangan tinggi

n. Sistem pengurusan yang senang

Jika anda inginkan maklumat lanjut tentang Perniagaan Franchise di Malaysia, sila layari http://www.pns.com.my