Category: Food Temptation

Berehat Sebentar Bersama Famous Amos

Sedang saya menjaga booth roadshow, saya terhidu bau yang sangat enak dari kedai Famous Amos.

Pandai betul diorang ni bakar biskut yang mengeluarkan aroma yang sangat menggiurkan.

Maka terpaksalah saya membeli sedikit sebagai hadiah kepada diri sendiri atas kerajinan buat roadshow. :)

20120414-103732.jpg

Yummy!!

Gambar Chocolate Chip with Macadamia Nuts yang berharga RM9.90/100gm tak ditunjukkan atas sebab-sebab keselamatan (sebab dah selamat dimakan). Hahaha!

Tuesday Is Ladies Day @ Gloria Jeans Coffee

Petang ni rasa teringat sangat pada Coco Loco di Gloria Jeans Coffee.

Since saya ada masa sejam sebelum appointment seterusnya, saya singgah sekejap di Angsana.

Masa nak bayar rasa hairan sebab murah sangat.

Ingatkan staf dia tersilap, rupa-rupanya setiap hari Selasa adalah Ladies Day dengan potongan sebanyak 30%. Best tak?

Untuk lelaki pulak, Gentlemans Day pada hari Khamis.

Kalau gini, bolehlah datang lagi dan lagi. :)

20120410-143323.jpg

Terasa Nak Baking..

Petang semalam makan kek di Secret Recipe. Saya cuma order satu slice Classic Cheesecake untuk saya, suami dan Baby Ali.

Bila order sikit, rasa lebih nikmat. :)

20120323-204109.jpg

 

Baby Ali pun suka sangat makan kek ni.

20120323-204118.jpg

 

Tetiba terasa gian nak buat kek. Bestnya boleh buat kek dan lepas tu letakkan topping fresh cream.

Suami pun setuju sangat sebab anak-anak pun dah makin besar dan makan banyak. Jadi rasanya lebih berbaloi kalau buat sendiri.

Bilalah tu agaknya.. Dah lebih 2 tahun oven tak berasap! :)