Category: Food Temptation

Happy Baby Ali @ Snogurt Taman Universiti

Lewat petang tadi saya, suami dan Baby Ali singgah ke kedai Taman Universiti yang baru dibuka pada hari ini.

Kedai ini terletak di Jalan Kebudayaan 7 iaitu sederet dengan pejabat Pos dan juga Dominos Pizza.

 

20120516-232820.jpg

Suami dan Baby Ali posing di depan kedai Snogurt


20120516-232826.jpg

Baby Ali yang sangat happy bila nampak belon


20120516-232832.jpg

Baby Ali yang excited bila dapat belon dan tak sabar nak makan snogurt


20120516-232838.jpg

Suasana dalam kedai yang ceria dan selesa


20120516-232844.jpg

Snogurt perisa Strawberry yang yummy!


Snogurt suami pulak tak sempat nak snap sebab hand phone dah kehabisan bateri.

Kepada rakan-rakan yang berada di sekitar Skudai, bolehlah cuba Snogurt ni. Sebagai promosi pembukaan, ada diskaun 30% selama sebulan bermula hari ini.

Untuk promosi dan kempen terkini, anda juga boleh melayari laman Facebook mereka di sini.. https://www.facebook.com/SnogurtTamanUniversitiJB

Selamat mencuba!

Saya Suka Benda Ni!

Beberapa hari lepas saya pergi servis kereta. Dan setiap kali ke pusat servis, benda yang dituju adalah mesin air kat bawah ni.


20120510-202101.jpg


Maafkan kekampungan saya. Saya memang orang kampung. Masa kecik-kecik tak pernah minum guna mesin ni. :)

Bukan hanya air Milo dari mesin ni je. Tapi saya memang suka air milo 3 in 1 yang dihasilkan oleh mana-mana mesin air. Sedap dia lain macam. Secukup rasa milo dan susu. Memang best!

Kalau ikut hati, macam nak beli je satu. Pernah tengok ada kawan beli yang kecik. Tapi kerana takut terlebih minum air manis nanti, saya pendamkan je hasrat di hati.

Kat bawah ni adalah dua gelas air milo yang dah selamat diminum sementara menunggu kereta diservis.

Kalau ikut hati, rasa nak tambah secawan lagi. :)


20120510-202107.jpg

Yummy!

Roti Nan Tiga Rasa Yang Awesome

Salah satu makanan kegemaran kami sekeluara sekarang adalah Roti Nan Tiga Rasa di Restoran Jalaluddin, Taman Universiti.

 

20120505-223420.jpg


Biasanya roti nan kurang kick tanpa ayam tandoori. Tapi roti ni memang sedap. Makan tanpa ayam pun dah awesome.

Selamat mencuba!