Category: Event Yang Menarik

Review Karnival Karangkaf 2012

Pada pendapat saya Karnival Karangkraf tak ada terlalu banyak buku. Majalah lama-lama pun tak terlalu banyak.

Tapi kalau anda peminat novel, mungkin sesuai sebab ada banyak novel yang dijual dengan diskaun sehingga 80-90%. Ada yang berharga RM3, RM5 dan novel terkini juga dijual dengan potongan sehingga 25%.

20120129-092339.jpg

Tempat penjualan buku-buku pada harga diskaun

Kalau anda suka dengan artis pun sesuai untuk datang sebab ada banyak artis jemputan. Macam semalam kebetulan ada Konsert Media Hiburan jadi memang ramai artis yang datang.

Ada juga booth yang menjual pakaian, tudung, kereta, bank dan sebagainya.

Apa yang saya beli?

Jeng jeng jeng..

20120129-092618.jpg

bagi mempelbagaikan menu masakan untuk anak

Ini pun beli sejurus sebelum balik. Yang bestnya, beli majalah RM13 tapi dapat hadiah berharga lebih daripada tu. Dapat sos tiram, maggi dan baucer One Station Cafe bernilai RM10. Okay sangat la kan?

Jadi, jika anda peminat majalah Karangkraf, jangan lepaskan peluang terakhir pada hari ini untuk beli majalah dengan harga istimewa.

Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.

Aaron Aziz di Karnival Karangkraf 2012

Tajuk sempena perbualan saya dengan seorang kakak dalam lingkungan umur 40-an.

Saya : Akak pernah datang Karnival ni sebelum ni?

Kakak : Sebenarnya semalam akak dah datang.

Saya : Oh ye ke..

Kakak : Akak datang malam ni nak tengok Aaron Aziz. Akak ni peminat No 1 Aaron Aziz.

Terkedu saya dengar. Hahaha!!

Jom Sama-Sama Pergi Ke Karnival Karangkraf 2012

Tadi terbaca maklumat pasal  yang sedang berlangsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

 

Antara aktiviti yang akan diadakan :

1. Program Forum Bicara Cinta Anak Muda  : Hatiku Hanya Milikmu oleh Panel jemputan Sham Kamikaze, Irma Hasmi, Pemenang Ustazah Pilihan, Imam Muda Ashraf dan juga trainer ESQ

Tarikh : 27 Jan (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Pentas utama Karnival dibawakan khas oleh Majalah I.

2. Konsert & Anugerah PPMH Media Hiburan. Antara artis yang akan membuat persembahan : Dafi, Akim, Alif Aziz, Adira, Mila, Nubhan, Awie Rafael, Sixth Sence, dan ramai lagi artis jemputan yang akan hadir bagi Anugerah PPMH Media HIburan.

Tarikh : 28 Jan 2012
Masa : 8.30 malam
Tempat : Pentas Utama Karnival Karangkraf

3. Pelancaran Majalah baru Automaskulin dengan penampilan istimewa Neelofa & Izara.

Tarikh : 28 Jan 2012
Masa : 2.30 malam
Tempat : Pentas Utama Karnival Karangkraf

4. Festival Penulis Grup Buku Karangkraf.

Tarikh : 27 – 29 Jan 2012
Masa : 9 Pagi – 3 Petang
Tempat : Karnival Karangkraf

5. Zon Wonderland Sinar Harian.

Tarikh : 27 – 29 Jan 2012
Masa : 9 Pagi – 9 Malam
Tempat : Karnival Karangkraf

6. Kempen Derma Darah.

Tarikh : 28 Jan 2012
Tempat : Studio F, Kumpulan Media Karangklraf Sdn Bhd
Lot 25, Premis No 1. Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor, Seksyen 15
40200 Shah Alam Selangor

7. Jumble Sale

Aktiviti-aktiviti lain :

• Zon Jualan Wanita Fame & Feminin.

• Sesi beramah mesra bersama editor-editor Grup Majalah Karangkraf.

• Penampilan Upin & Ipin bersama Grup Majalah Karangkraf.

• Demonstrasi masakan bersama .

• Bijak matematik bersama Fokus SPM dan Pakar Matematik Dunia LIM TECK HOE.

• Booth Photo (abadikan gambar anda di cover majalah).

• Bengkel Fesyen Gaya Tudung bersama Majalah Nur dan Dara.com.

• Penampilan Imam Muda dan Ustazah Pilihan bersama Majalah I.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di sini.

Memandangkan esok saya akan bertolak ke KL dan berada di sana sehingga Ahad, insyaAllah saya pun nak singgah ke karnival ni.

Jom jumpa di sana! :)

Khidmat promosi percuma ini disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.