Category: Coretan FM

I Am So Grateful For Everything

Malam ni bawak anak anak main kat Dataran Centrio Seremban 2.

Dan sebelum balik Abang Adi cakap,

I am so grateful for everything.

 

Bila dengar tu kan, serius terharu.

I know I am not the best mom.

I know there are a lot of aspects that I need to improve.

Tapi bila dengar anak cakap macam ni kan, rasa happy sangat.

 

I am happiest bila duduk berbual dengan anak anak dan gelak ketawa bersama sama.

 

Happy dengan semua keputusan yang dibuat.

Keputusan untuk berhenti kerja makan gaji.

Keputusan jadi ejen Public Mutual.

Keputusan buat bisnes Benang Hijau.

Keputusan untuk kurangkan overhead dan fokuskan kepada online sale Benang Hijau.

Keputusan untuk pindah dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

 

Walaupun setiap keputusan ada kesan baik dan buruk.

Dan saya pun banyak buat silap dan rugi.

 

Tapi saya sangat happy.

Happy sebab ada bisnes sendiri dan ada banyak masa dengan keluarga.

Happy sebab betul betul boleh berkerja dari rumah dan buat kerja yang saya suka dan jumpa atau berurusan dengan orang yang saya suka.

Happy setiap minggu boleh bawak anak jalan jalan.

Dan.. semenjak sebulan lepas happy lepas dapat tahu saya sedang mengandung anak kelima.

Alhamdulillah.

 

🙂

 

Interview Melalui Voice Note

Alkisah ada seorang student nak interview tapi disebabkan sesama busy jadi saya suruh dia interview melalui whatsapp sahaja dan saya reply melalui voice note.

Ni antara soalan dia,

Bila sekarang perniagaan dah stabil, puan still pergi hadiri kursus kursus perniagaan ke?

Hehehe..

Tak tahulah usahawan lain kan.

Tapi saya ni macam tak stabil stabil je.

Perniagaan ni ada banyak fasa dan setiap fasa ada cabaran dia.

 

Tapi bab hadiri kursus tu memang rajin.

Last two week kan pergi kursus DNA kan.

Pastu Isnin lepas pergi seminar Peta Perjalanan Bisnes Anda oleh Ibu Hanim.

Kali ni pergi dengan Amni dan Diba.

Saja ajak dorang ikut supaya dapat belajar bersama sama.

 

 

Dan esok pulak akan pergi seminar Agent System Mastery.

Nak belajar pasal cara cara buat sistem ejen yang powerrrrr!!!

 

 

Saya ni memang suka belajar.

Tapi sebenarnya bab nak implement lemahhhh sangattttt.

Suka bertangguh dan tak suka nak fikir lebih lebih.

Nak kena ada someone yang push.

 

 

Hari ni mood sangat baik dan banyak sangat update status kat FB.

Disebabkan mood nak menulis membuak buak, maka mehlah kita update blog. Hihihi..

 

 

Okay sampai jumpa lagi.

Bye!!!

Tong Gas

 

Alkisah semalam ternampak tong gas dan tetiba teringat zaman susah kami.

Masa tu kami tinggal kat Johor.

At one time kan kami pernah berniaga goreng pisang so kami ada lah dua biji tong gas extra.

Di zaman susah, kami jual satu persatu tong gas tu.

Memang masa tu punya susah sampaikan nak beli roti harga seringgit tak mampu.

:(((

 

 

Sekarang ni kalau ikutkan struggle jugak.

Tapi susah cemana pun, Alhamdulillah masih boleh makan apa nak makan.

 

 

Beberapa hari lepas dok baca pasal krisis di Venezuela.

Serius insaf.

Kesian sangat pada rakyat yang menanggung akibat dari kesilapan pemimpin.

 

 

Okay bye.

Nak lunch dulu!