Category: Coretan FM

Gatal

Semenjak beberapa hari ni Baby Yaya dah makin cerdik.

Malam-malam tidur lena macam orang tua. Pastu pepagi pun lepas bangun dia tak merengek. Dia tengok je sekeliling. Pastu kadang-kadang tersenyum sorang-sorang.

Aduhai comel sangat.

 

Saya kan memang tak sihat sangat dari awal mengandungkan Baby Yaya. Lepas bersalin pulak bengkak susu teruk. Dan kononnya dah taknak beranak lagi.

 

Tapi sejak beberapa hari ni rasa gatal pulak. Rasa nak ada baby sorang lagi. Kotlah dapat dua orang baby girl mesti lebih seronok.

Hahahaa.. Gatal kan.

 

Lagipun bila bekerja sendiri ni takde beza sangat pun beranak atau tak. Masa dalam labour room hari tu pun boleh je balas msg pelanggan macam biasa. Hahaha…

Okay bye. Hari ni hari sibuk sebab hari gaji. Tapi dah kira gaji production team. Jap lagi nak kira gaji staf di butik dan outlet pulak. Gaji sendiri dari Public Mutual pun belum cek lagi ni ha. 🙂

Berangan

Dua malam lepas tak boleh tidur. Idea datang mencurah-curah sampai tak sabar nak tunggu pagi dan bertindak.

Ideanya adalah untuk tambah lebih banyak mesin jahit dan tambah lebih banyak pekerja.

So pagi tu terus warwar pada staf bahawa kami perlukan 5-6 orang pekerja dan minta diorang warwarkan pada kenalan diorang.

Alhamdulillah hari tu jugak dapat 4 staf baru. Sorang sebagai tukang jahit. Sorang bahagian potong. Sorang bahagian melipat. Dan sorang lagi bahagian packing.

Alhamdulillah sekarang dah ada lebih 2o orang pekerja production dan esok saya nak beli satu lagi mesin jahit tepi.

 

Memang huru hara sangat sekarang ni sebab permintaan sangat baik.

Hari ni pulak tetiba rasa macam nak kena pindahkan operasi ke tempat lain sebab macam dah sesak sangat kat rumah ni.

Malam ni tengok-tengok rumah kedai untuk disewa @ dijual. Rasa rugi pulak kalau menyewa kan. Jadi teruslah berangan nak beli sebijik rumah kedai.

Tapi bukan sekarang la. InsyaAllah lepas raya. 🙂

Anda Gunakan Nombor Hadapan IC Sebagai Password ATM?

Ni nak cerita kisah malang yang menimpa kakak ipar saya buat pengajaran kita bersama.

Alkisah kakak ipar saya pergi KL dari KB menaiki bas. So sampailah pagi-pagi di hentian Putra (kalau tak silap).

Pastu dia pun solat subuh. Dia pergi dengan anak perempuan dia yang berumur 8 tahun.

Sebelum solat, dia bagi anak dia pegang beg dan dah pesan suruh tengok baik-baik. Tapi anak dia pun solehah sangat dan pergi beratur nak ambil wudhu’. Tempat tu dekat je dengan beg. So mungkin dia rasa tak de hal.

Lepas solat kakak ipar perasan zip beg terbukak separuh. Bila cek, didapati purse dalam tu hilang. Dalam purse tu ada duit dekat RM2000.

Rupanya ada seorang perempuan pergi duduk sebelah beg tu. Satu tangan main hp dan satu lagi rupanya merayap masuk dalam beg dan curi purse.

Kakak ipar dah frust sangat tapi tabahkan hati lagi.

Selepas dua hari di KL, kakak ipar balik Kelantan semula. Dia pun pergilah buat IC, buat lesen dan juga pergi buat ATM Card baru.

Rupa-rupanya duit dalam bank pun dah kena curi. Semua dalam bank dalam RM10,000 (3 bank berbeza).

Sebabnya kakak ipar gunakan nombor hadapan IC sebagai password untuk ketiga-tiga kad.

Bila dah jadi macam ni, baru tahu bahawa ramai sangat yang buat macam ni. Konon nak senang ingat kan. Padahal pencuri pun dah boleh agak.

Serius kesian sangat dengan kakak ipar. Dia pun sedang bersedih sangat.

 

Kepada yang membaca kisah ni, harap dapat jadikan pengajaran ya. Gunakan password selain nombor hadapan ic dan yang tidak dapat diagak oleh pencuri.