Category: Coretan FM

Anggun

Pukul 1.32 pagi dan masih belum dapat melelapkan mata.

Patut dah kena tido ni sebab esok pepagi nak meeting dengan staf.

Tapi entah kenapa otak tak boleh shutdown. So sibuklah bukak website tu. Bukak website ni. Termasuklah baca forum gosip. 🙂

 

Sebenarnya bulan ni agak nervous sebab nak start projek butik vendor.

Padahal dah sibuk dengan pembukaan butik dan juga penambahan kilang jahit, tapi hati rasa gatal nak bukak butik vendor.

Rasa macam kena buat jugak. Sebab selagi tak buat rasa macam ada benda yang belum settle.

 

Ramai je yang promote dan amik deposit dulu dari vendor. Tapi tak sedap hati nak buat camtu.

So sekarang ni tengah fikirkan interior design untuk butik ni. Pastu nak tempah perabot. Dan insyaAllah bila semua perabot dah ready barulah nak mencari vendor dengan lebih serius.

 

Pening kepala mencari nama butik vendor ni. Dah sebulan berfikir. Tapi tak dapat ilham nama yang sesuai.

Pastu tadi bust meeting dengan admin-admin tersayang dan salah seorang yang paling bersemangat suggest nama Anggun by Benang Hijau.

 

Pastu kan, terus rasa macam keluar mentol kat kepala sebab suka sangat dengan nama tu. 🙂

 

So insyaAllah Anggun akan mula beroperasi pada pertengahan April ni. Planning sekarang adalah untuk jual produk pakaian jugak seperti blouse, kurung moden dan jubah. Selain tu nak sediakan mini cafe dan hidangkan makanan ala Terengganu seperti Nasi Dagang, Pulut Kuning dan lain-lain.

Excited sangat dengan projek ni sebab kalau menjadi, bolehlah buka cawangan Anggun di seluruh Malaysia.

 

Bateri dah hampir kong ni. Sampai jumpa lagi! 🙂

Alhamdulillah

Setiap hari bangun pagi dalam keadaan bersyukur.

Bersyukur sihat. Bersyukur ada anak. Bersyukur ada baby girl yang manja. Bersyukur bersyukur bersyukur.

 

Dalam berbisnes ni, kadang-kadang rasa down sangat.

Tapi bila renungkan dan bandingkan semula kehidupan dulu dan sekarang, rasa bersyukur sangat dah.

 

Sabtu ni nak bust opening butik Benang Hijau Johor Bahru.

 

Nak bukak kedai baru, mestilah excited kan. Tambah-tambah nak buka di JB yang sangat dekat di hati.

 

Okay bye. Jumpa lagi!

Masa

Sekarang ni Alhamdulillah bisnes dah bertambah baik dan setiap bulan ada lebihan untuk kami buka cawangan baru.

Bulan 3 ni insyaAllah kami akan buka butik di Kuala Terengganu dan juga di Johor Bahru.  Selain tu hujung bulan ni juga kami akan menjadi vendor di Modvier Bangsar.

Bulan 4 pulak insyaAllah nak buka butik vendor di Bandar Baru Bangi. Lokasi berdekatan butik sedia ada.

InsyaAllah dalam masa terdekat juga kami akan mulakan Production di Bangi. Kiranya nanti sebahagian tudung akan dijahit di Bangi dan sebahagian lagi akan dijahit di Kelantan.

 

Banyak sangat peluang sebenarnya.

Takde istilah pesaing pun sebenarnya.

Kita sebenarnya bersaing dengan diri kita sendiri.

 

Besar mana kita nak jadi. Jauh mana kita nak pergi. Banyak mana produk kita nak jual. Banyak mana iklan kita nak buat. Semuanya di tangan kita.

 

Hari ni hampir seharian duduk di rumah sahaja sebab Yaya demam. Tapi dalam pada duduk rumah banyak jugak urusan yang berjaya diselesaikan antaranya settlekan skrip iklan radio dan juga order kain untuk koleksi bulan depan.

Bila dah cuba iklan radio, rasa seronok pulak sebab rasa macam lebih berkesan dan jenama lebih dikenali. Bukan setakat kaum wanita je. Kaum lelaki pun turut kenal. Bukan hijabista sahaja, orang kampung pun kenal. Sampai sekarang dah malu nak bagitahu kita buat bisnes apa. Sebab expectation orang dah jadi lebih tinggi.

 

Ada supplier kain yang boleh berhubung melalui Whatsapp tapi lebih puas hati jika dapat pergi tengok apa trend-trend terkini dalam dunia fabrik.

Ikutkan hati, Rabu & Khamis ni nak fly ke luar negara untuk beli kain.

 

Tapi bila bincang dengan anak-anak, diorang macam sedih je. Diorang kata boleh pergi tapi dua hari je. Sayu pulak rasa..

 

Kesimpulannya, kepada adik-adik yang belum berumahtangga atau belum beranak pinak atau anak masih kecik, silalah pulun habis-habisan ya. Akak yang dah ada 4 orang anak dan anak sulung dah 12 tahun ni, memang tak cukup masa sebenarnya.

 

Ikutkan hati, taknak berpisah langsung dengan anak-anak. Sebab taknak sampai suatu masa nanti anak-anak jadi tak kisah samada mak ayah ada di rumah atau tak. Atau mungkin juga boleh sampai tahap di mana anak-anak lebih suka bila mak ayah takde.

Tapi kalau dilayan sangat perasaan tu, macamana nak majukan bisnes kan?