Category: Coretan FM

15 Minit

Saya pernah terbaca satu teori yang menarik.

Dalam sehari ada 15 minit kita bodoh.

 

Hari ni saya mengalami 15 minit yang bodoh. Hahaha!

 

Tak perlulah tahu kenapa sebab tak penting sangat pun. Pasal kerja je.

 

Dah makin dewasa ni makin segan nak update pasal perkembangan diri dan kerjaya.

Nak citer lebih-lebih rasa segan. Tapi bila tak cerita pun tak best sebab tak dapat rujuk balik catatan poyo.

 

Okay bye! Minah poyo nak habiskan baca buku The Personal MBA. Buku dah nak lusuh tapi belum habis gak. Selagi tak habiskan rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Tapi nak habiskan pulak kena amik masa sebab kandungan dia power sangat. Kena baca dan digest perlahan-lahan.

 

Sampai jumpa lagi! πŸ™‚

 

 

Komitmen

Sebelum ni saya manage sendiri akaun syarikat. Dan saya sebagai seorang yang huru hara ni memang tak de pun tulis senarai komitmen bulanan.

Sampai masa perlu bayar sewa, saya bayar. Sampai masa perlu bayar gaji, saya bayar. Ada duit lebih, beli kain. Ada duit lebih lagi, bukak butik baru. πŸ™‚

Minggu lepas pegawai akaun start kerja. Mula-mula kena bagitahu dia komitmen bulanan. Β Bila dah bagitahu dia tu kan, tetiba rasa risau. Baru sedar diri bahawa komitmen bulanan sangat banyakkkkkk.

Hujung bulan dan awal bulan paling banyak perlukan duit untuk sewa dan juga gaji.

 

Bila dah sedar diri, tetiba takut nak order kain.

Kalau ikutkan dah sampai masa order kain baru supaya production boleh berjalan lancar. Tapi disebabkan takut sangat, proses order kain tergendala sebentar. πŸ™‚

 

Sekarang ni Alhamdulillah bisnes bertambah baik. Setiap hari ada konsisten sales samada di butik mahupun online.

Sekarang pun dah banyak delegate kerja pada staf dan insyaAllah semua operasi harian boleh berjalan lancar tanpa saya.

 

Saya cuma fikirkan design baru, order material dan seterusnya minta Production Team siapkan.

Setiap hari taklah terlalu rushing. Ada je masa untuk golek-golek dengan baby manja. Pastu dalam pukul 10 @ 11 pagi barulah keluar rumah.

Pastu pergi butik @ kilang jika perlu, lunch dan petang sikit amik anak-anak dari sekolah.

Alhamdulillah..

 

Okay bye. Nak tido dulu. Sampai jumpa lagi! πŸ™‚

 

Takut Takut Buat!

Masa tahun 2010 @ 2011 pernah attend seminar oleh Dr Niki. Masa tu seminar pasal bisnes unit trust.

Kata Dr Niki, nak berjaya ni, kena takut-takut buat!

 

Lepas tu selalu guna konsep ni. Kalau rasa nak buat something, eventhough takut, tapi cuba buat jugak.

Yang terbaru ni nak bukak butik vendor baru di Bangi. Serius takut. Tapi buat jugak! πŸ˜›

 

Sekarang dalam proses memikirkan layout dan juga produk yang nak dijual di sana.

Wish me luck! πŸ™‚