Category: Coretan FM

Masalah Obesiti.. Eh Tak, Masalah Obses!

Bila saya menulis sesebuah artikel, memang saya mengambil masa yang lama sangat.

Baca, edit, betulkan kesalahan ejaan, tambah, baca lagi, edit lagi, tambah lagi.

Memang banyak masa yang dihabiskan sebenarnya. Kiranya saya ni obses sangat untuk hasilkan artikel yang sempurna.

Tapi takpelah, apa salahnya berkorban sedikit masa untuk hasilkan artikel yang bermanfaat buat orang lain.

Kepada rakan-rakan blogger, nak obses boleh, tapi jangan sampai langsung tak menulis.

Setiap hari, kongsikan sedikit sebanyak perjalanan hidup anda. Kongsikan apa sahaja pendapat anda tentang sesuatu perkara.

Jangan terlalu fikir pasal pandangan orang terhadap anda. Bak kata Bill Cosby,

I don’t know the key to success, but the key to failure is trying to please everybody.
Bill Cosby

Dengan menjadi diri sendiri, anda akan bertemu dengan orang-orang yang mempunyai ‘fikrah’ yang sama dengan anda.

Pada masa tu, anda akan rasa hidup ini sangatlah membahagiakan. Alhamdulillah.. saya dah rasa dan saya pun nak anda rasai benda yang sama.

 

Confuse

Confuse kadang-kadang.

Tak tahu satu benda tu nak citer kat blog ni atau kat blog http://smartconsultantteam.com/.

Kadang-kadang ada benda yang saya rasa nak tulis kat sini, tapi bila fikir balik benda tu related to my business.

Tapi since my business is my life, timbullah masalah confuse ni.

Apapun, hari ni adalah permulaan bulan Februari yang sungguh bermakna.

Pagi tadi dapat persetujuan daripada seorang prospek yang bersetuju untuk buat pelaburan sebanyak RM100,000. InsyaAllah esok akan jumpa untuk amik cek dan isi borang.

Lepas tu ada seorang ahli kumpulan saya telah call dan berkongsi satu berita yang sangat sangat sangat sangat menggembirakan.

Dia hampir close deal yang akan memberikan dia komisyen sekitar RM128,000 dan secara tak langsung saya terpaksa terima overriding sebanyak RM14,800.

Ya Allah, MasyaAllah. Deal belum selesai. Tapi kalau dapat saya plan nak hadiahkan sesuatu yang besar untuk ayah.

Alhamdulillah, bersyukur sangat atas segala nikmat dan rahmat darimu ya Allah.

Semoga kejayaan saya dapat memberi manfaat kepada orang-orang di sekeliling saya dan juga umat Islam yang lain. Amin..

Kenapa Sibuk Nak Buat Review?

Inilah soalan yang ditanya oleh suami saya semasa saya sibuk buat tempat makan yang saya pergi dan sebagainya.

Jawapan saya, “Saya nak tolong orang yang mencari maklumat. Sambil-sambil tu nak tambahkan bilangan pengunjung ke blog saya. Manalah tahu dari sini boleh dapat kawan baru, business partner baru ataupun bertemu kembali dengan kenalan lama.”

Yang bestnya semalam semasa kami di KL dan mencari tempat makan, suami pula yang sibuk minta saya survey tempat makan yang best melalui internet.

Lepas tu dia cakap, “Bagus jugak awak buat review-review ni kan. Mesti ada orang yang nak cari tempat-tempat makan sedap yang berdekatan. Awak buat la selalu.”

Alhamdulillah.. bila Cik Abang dah bagi green light, makin bersemangatlah saya nak buat review lepas ni.

Memandangkan saya menetap di Skudai, Johor jadi review tu kebanyakannya untuk tempat-tempat yang best di Johor la kan.

Jadi kepada rakan-rakan pengunjung blog ini, jemput singgah blog ni selalu. Tapi jangan salahkan saya kalau anda terpengaruh ya. Saya ni memang ada ilmu mempengaruhi orang. 🙂

Kepada yang nak minta saya review bisnes anda, boleh hubungi saya ya.