Category: Coretan FM

Rasa Ngeri Sangat Tengok Keadaan Lif Di Flat PPRT

Semalam terjah blog Mazidul Akmal. Terbaca artikel ini dan ini yang menimbulkan rasa simpati pada penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin ().

Kalau anda tengok gambar dia, memang rasa ngeri sangat.

Ngeri tak? (Kredit gambar : Blog Mazidul Akmal)

Kadangkala bagus juga baca paparan-paparan macam ni untuk bagi kesedaran pada kita bahawa ramai lagi orang yang kurang bernasib baik daripada kita.

Daripada jauh nampak cantik je flat-flat PPRT ni, tapi kat dalam tu hanya tuhan yang tahu.

Masalah utama yang dihadapi adalah masalah lif rosak. Bayangkan kesusahan penghuni di tingkat-tingkat 12 dan 13.

Kalau tak ada air, nak kena angkut air. Nauzubillah..

Sampai ada yang bersalin kat tangga semasa lif rosak. Memang tak sanggup dibayangkan..

Ada juga pesakit buah pinggang yang terpaksa naik tangga ke tingkat 12 selepas rawatan dialisis. Aduhai.. sedih sangat.

Lif yang ada pula keadaannya nazak sangat. Ada yang tak ada lampu. Ada yang macam dah nak runtuh. Hmm.. saya tengok pun rasa ngeri.

Ulasan Mazidul menyentuh pasal parti dan ADUN kawasan tu. Mungkin tujuannya supaya pihak terlibat mengambil tindakan.

Tapi tak mustahil masalah yang sama dihadapi di tempat-tempat lain tanpa mengira parti mana yang memerintah.

Terima kasih pada saudara kerana sangat lantang dan berani mengetengahkan isu-isu hangat macam ni. Saya kagum sangat dengan keberanian beliau.

Kalau kita rasa kita susah, ramai lagi orang yang susah. Kalau kita rasa malas sebab dah cukup selesa, fikirkanlah tentang orang yang kurang bernasib baik dan gunakanlah kelebihan yang Allah berikan kepada kita untuk membantu hidup mereka.

Pasti ada sebab kenapa Allah bagi kita kelebihan. Bukan untuk kita menunjuk-nunjuk dan hidup senang lenang sampai ke anak cucu, tetapi untuk membantu orang yang kurang senang.

Cuba baca pesanan dan petua Al Bukhary di sini dan di sini.

 

Pendapat Saya Tentang Kemerosotan Minat Pelajar Dalam Jurusan Sains & Matematik

Tadi terbaca artikel berikut di Berita Harian Online.

Kerajaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan , matematik

2012/02/11

IPOH: Masalah kemerosotan minat pelajar yang mengambil jurusan sains dan matematik di sekolah turut termasuk dalam kajian semula sistem negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kajian yang dilakukan secara menyeluruh itu dijangka siap sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

“Kajian menyeluruh setiap bidang mata pelajaran akan diambil kira. (Akan kaji) di mana kelemahan dan bagaimana untuk diperkukuhkan (sains dan matematik),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam dan Majlis Dialog Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Pendidik Perak di sini, hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas mengenai laporan akhbar berhubung kurangnya minat pelajar untuk mengambil jurusan sains dan matematik di sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, baru-baru ini dilaporkan berkata, kementerian memandang serius isu kemerosotan minat pelajar dalam bidang sains dan matematik iaitu hanya 37 peratus dalam bidang sains dan 29 peratus saja bagi sains tulen. – BERNAMA

Sumber : http://www.bharian.com.my

Pada pendapat saya, perkara ni berlaku sebab dah ramai yang sedar bahawa tak berbaloi belajar susah-susah tapi susah nak dapat kerja dan gaji yang dibayar pun tak setimpal dengan bidang yang diceburi.

Macam saya dulu, kononnya glamer sangat jadi Engineer. Sedangkan gaji saya lebih rendah daripada gaji rakan saya yang menjadi guru.

Sekarang ni kalau ibu bapa minta pendapat saya, saya memang tak syorkan anak-anak ambik bidang sains.

Lebih baik ambik bidang yang senang belajar, tapi peluang kerja banyak dan gaji pun tinggi. Tak pun ambik bidang keusahawanan.

Untuk anak saya pula, saya cuba dorongkan dia supaya minat untuk mendalami ilmu agama. Supaya dapat berbakti kepada orang lain.

Bukan apa, ramai yang ambik bidang Sains akhirnya terpaksa berbakti pada tauke-tauke kilang dengan bayaran gaji yang rendah.

Pendek kata, salah satu cara untuk menarik minat rakyat untuk meminati bidang sains dan adalah dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan memastikan pekerja profesional dibayar berpadanan dengan kepakaran mereka.

Kalau ikutkan dulu saya pernah rasa ingin berhijrah dan bekerja di luar negara. Sebab pada masa tu saya dan suami bekerja sebagai jurutera tapi jumlah pendapatan kami hanya dalam lingkungan RM4000 sebulan. Hidup cukup-cukup makan, paras-paras hidung.

Ini sekadar pendapat peribadi saya. Mungkin jugak sebab saya dulu tak begitu cemerlang di peringkat Ijazah. Saya tahu ramai je yang dapat kerja bagus dengan gaji tinggi.

Tapi atas pengalaman ni, saya memang tak syorkan orang yang rapat dengan saya untuk menceburkan diri dalam bidang sains dan teknologi. Tapi kalau nak jadi blogger, ya saya syorkan. 😉

kfc

Video Pekerja KFC i-City Shah Alam Belasah Pelanggan

Sejak beberapa hari ni hangat diperkatakan tentang isu yang memukul pelanggan di . Kejadian berlaku pada 5 Februari 2012 yang lepas.

Jom tengok video di tempat kejadian..

Pada pendapat saya, jangan mudah menuduh siapa betul siapa salah sebab kita tak berada di tempat kejadian.

Yang pastinya semua pihak boleh ambil iktibar.

Pihak boleh jadikan ni sebagai pengajaran dan didik pekerja supaya bersabar dengan karenah pelanggan dan bagi makluman lebih awal sekiranya mereka kehabisan ayam dan sebagainya.

Pelanggan pula kenalah bersopan. Jangan disebabkan kita pelanggan, kita rasa kita je yang betul. Hargailah usaha para pekerja untuk menyiapkan makanan buat kita.

Kalau kita cakap dengan cara baik, insyaAllah kita akan dilayan dengan baik.

Pada saya ini bukanlah masalah antara kaum, tapi masalah komunikasi antara dua pihak.

Semoga isu ini tidak terus dipanjangkan dan semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik.