Category: Business & Marketing Tips

Tips Untuk Mempromosikan Perkhidmatan Home Tuition @ Personal Tutor

Hari ini saya ingin berkongsi rahsia dan tips dalam mempromosikan bisnes @ perkhidmatan home tuition @ personal tutor yang saya dah janjikan dalam entri yang lepas.

Sebenarnya idea dah ada, cuma tak sempat nak dizahirkan ke dalam bentuk tulisan kerana kesibukan saya dengan my latest obsession which is baking and decorating cupcakes!

Okay, here we go..

#1 – Buat flyers yang simple tetapi menarik perhatian

#2 – Buat pamplet yang menerangkan servis @ perkhidmatan anda dengan lebih detail

#3 – Buat namecard yang menyatakan kelayakan anda dan servis @ subjek yang ditawarkan

#4 – Bina website yang boleh memberi maklumat lanjut tentang perkhidmatan anda

#5 – Hantar flyers di sekitar taman perumahan anda @ di kawasan target market anda. Untuk hantar flyers ni, anda boleh hantar sendiri, guna perkhidmatan syarikat penghantar flyers (yang selalu hantar flyers rumah, shopping complex dll), gunakan khidmat posmen, gunakan khidmat penjual surat khabar dll..

#6 – Bila prospek menelefon anda, aturkan pertemuan dan bawa bersama namecard dan pamplet

#7 – Jika anda merupakan seorang guru sekolah, itu satu kelebihan buat anda. Sebaliknya jika anda bukan seorang guru sekolah, anda boleh menggunakan ayat power berikut (ini merupakan ayat cari makan yang saya cipta untuk kakak saya tetapi atas dasar ingin berkongsi ilmu, saya perturunkan pada anda)

“Walaupun ramai parents yang rasa lebih yakin untuk hantar student belajar tuisyen dengan seorang guru sekolah, tetapi sebenarnya guru sekolah adalah sangat sibuk. Jadi, mereka selalunya tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya terhadap kelas tuisyen. Tambahan pula, guru sekolah biasanya mengajar di dalam bentuk lecture kepada student yang ramai. Sebaliknya guru home tuition seperti saya lebih berpengalaman di dalam mengajar murid secara perseorangan..”

Walaupun ayat di atas ni tidaklah terlalu POWER rangers, tetapi anda boleh olah dan tambah mana-mana yang patut..

#8 – Anda kenalah menjual diri anda dengan memberitahu para prospek (ibu bapa) bahawa anda memang berpengalaman di dalam mengajar (kalau pernah mengajar adik /anak saudara/kawan pun boleh dikira pengalaman) dan anda memang minat mengajar

#9 – Kalau boleh, bagi testimoni para pelajar anda yang terdahulu

#10 – Tips yang paling penting. Saya pernah terbaca satu buku yang menyatakan bahawa

“People will trust anything you tell them until you action proved otherwise”

atau dalam bahasa melayunya bermaksud “Orang akan percaya dengan apa yang anda beritahu mereka sehinggalah terbukti bahawa apa yang anda beritahu mereka itu adalah tidak benar”. Bukan bermakna saya mengajar anda menipu.. Cuma anda haruslah berani untuk menjual diri anda dan menyatakan kelebihan2 yang ada pada anda untuk menarik perhatian dan kepercayaan prospek anda. Jika anda tidak promote diri anda, siapa lagi yang nak promote? Gunakan tips ini untuk mempromosikan diri anda habis-habisan.

Setakat ini sahaja tips untuk hari ini. Opps lupa pulak tips promosi yang paling mendapat sambutan:

#11 – Iklankan servis anda di pokok2 (macam iklan along). Secara logiknya, kalau tak berkesan, takkanlah along tak habis-habis guna taktik ni. Saya dah cuba, memang menjadi..

Good luck and Happy Promoting!!

Dont Judge Each Day With The Harvest You Reap But By The Seeds You Plant

Hari ini saya ingin berkongsi satu pepatah yang sangat menarik dan sesuai dijadikan pegangan kepada rakan-rakan yang berada di dalam bidang sales and marketing.

Ini kerana, kadangkala kita merasa lemah semangat apabila kita tidak mendapat sebarang sales pada sesuatu hari. Ini menyebabkan kita merasa seolah-olah usaha kita sia-sia dan membazir masa, tenaga dan wang ringgit.

Sebenarnya jika kita bandingkan modal kita dengan mereka yang bekerja makan gaji, sebenarnya mereka juga bermodal kerana mereka perlu mengisi minyak untuk berulang ke tempat kerja, membeli pakaian yang bersesuaian dan juga belanja seharian mereka semasa di tempat kerja.

Namun begitu, jika kita terus memperbanyakkan aktiviti promosi tanpa memikirkan modal yang dikeluarkan, kita pastinya akan berjaya mendapat pendapatan yang lumayan.

Lagi pula, bidang sales dan marketing merupakan bidang yang paling lumayan di dunia. Sebagai contoh, jika dibandingkan pendapatan jurutera yang merekacipta kereta dan juga jurujual kereta, pastinya pendapatan jurujual adalah berlipat kali ganda banyaknya.

Jika anda sedang menceburkan diri dalam bidang sales and marketing, tahniah kerana telah menceburi bidang yang bakal menjanjikan pendapatan yang tidak terhingga. Teruskan perjuangan. Saya percaya kejayaan sedang menanti anda semua..

Tips Follow Up – Call Prospek Selepas 3-5 Hari

Hari ini saya ingin memberi tips follow up kepada rakan-rakan yang terlibat di dalam bidang sales/marketing.

Sebaik-baiknya selepas berjumpa seseorang prospek dan mendapat no telefonnya, anda perlu hubungi mereka selepas 3-5 hari. Jika tidak, prospek akan lupa tentang anda dan mereka akan merasa tidak selesa apabila anda menghubungi mereka. Selain itu, prospek juga akan menganggap anda tidak serius dalam melakukan promosi perniagaan anda.

Bagi diri anda pula, anda sendiri akan merasa kekok untuk memulakan perbualan dengan prospek tersebut jika anda mengambil masa terlalu lama untuk menghubungi prospek.

Anda juga seharusnya menulis serba-sedikit tentang latar belakang prospek di dalam buku catatan anda. Sebagai contoh lingkungan umur mereka, pekerjaan mereka, tempat kerja mereka, bilangan anak dan apa saja perkara yang telah mereka ceritakan tentang diri mereka.

Saya menulis tips ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Ini kerana, pada awal saya melibatkan diri di dalam bidang unit trust, saya rasa malu untuk menelefon prospek yang telah saya jumpa.

Saya kononnya menunggu masa yang sesuai untuk menelefon. Malangnya makin lama saya makin malu untuk menghubungi mereka kerana mereka pastinya sudah lupa tentang saya. Betapa ruginya saya..

Semoga perkongsian ini dapat menjadi pedoman kepada rakan-rakan agar tidak mengulangi kesilapan saya..