Yeay.. Visceral Fat Saya Dah Kurang! :)

Siang tadi saya timbang berat menggunakan penimbang magic yang boleh timbang kandungan lemak di dalam badan, kandungan lemak di bawah kulit, kandungan lemak di sekitar organ utama (visceral fat), peratus kandungan air dalam badan, kadar metabolisma badan dan juga umur badan.

Fuh… canggih sungguh penimbang ni.

Dulu-dulu tahu timbang berat je. Rupa-rupanya ada banyak perkara-perkara yang perlu diambil kira selain berat.

Sebelum ni bacaan visceral fat saya adalah 12 manakala bacaan visceral fat suami adalah 11.

Dan Alhamdulillah semalam bacaan visceral fat saya sudah menurun ke 11 iaitu sama dengan suami saya sedangkan perbezaan berat antara kami hampir 20kg.

Kiranya walaupun masih berat, tapi lemak di bahagian organ utama dah berkurangan.

Kepada yang mungkin tak tahu apakah itu visceral fat.. bolehlah baca apa yang saya copy paste kat bawah ni..

Visceral fat, or abdominal fat, is a type of body fat that exists in the abdomen and surrounds the internal organs. Everyone has some, especially those who are sedentary, chronically stressed, or maintain unhealthy diets. A different type of fat — subcutaneous fat — which builds up under the skin, has less of a negative impact on health and is easier to lose than visceral fat. In fact, excessive deposits of visceral fat are associated with many serious health problems including cardiovascular disease, types 2 diabetes, and increased blood pressure. Though it is possible to lose, it requires a larger commitment than spot exercises, like sit ups or crunches; a combination of cardiovascular activity and a lean diet is typically required.

Causes of Development

People gain abdominal fat for a variety of reasons, including eating lots of high fat or high sugar foods, and maintaining an inactive lifstyle. Not exercising for long periods of time often leads to a cumulative effect in which people gain more abdominal fat quicker over time, but a little exercise can greatly inhibit its development. Lifestyle factors, like not getting enough sleep or being stressed also increase the chances of developing this type of fat. Some studies show that people who routinely experience discrimination or harassment are prone to develop deposits of this fat.

 

Kepada yang nak tengok dalam bentuk video pulak, boleh tengok kat sini..

 

Kita kena control lemak kat kawasan organ utama ni sebab inilah yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik termasuklah kanser dan serangan jantung.

Bacaan yang terbaik adalah 1-4. Sekarang bacaan saya adalah 11. Jauh lagi kan. Tapi insyaAllah saya akan terus jaga pemakanan saya.

Pagi dan malam saya akan minum shake Herbalife. Tengahari makan seperti biasa dan juga snacking yang sihat di antara waktu makan.

Saya pun dah stop dengan Atkins diet sekarang sebab rasa lebih selesa dengan program diet Herbalife yang tak terlalu strict dan lebih kepada long term weight management.

Alhamdulillah suami pun dah gantikan makan malam dengan shake Herbalife dan sekarang kos makan kami dah kurang sangat sangat.

Duit dalam beg macam tak keluar langsung. Kalau dulu, memang setiap hari mencari tempat makan sedap. Tapi Alhamdulillah sekarang dapat jimatkan duit dan juga masa.

Gigih tak tulis artikel ni pada pukul 2.51 pagi?

Sebenarnya saya dah tidur tadi. Pastu bangun awal untuk prepare barangan yang nak dibawa ke Vietnam pagi ni.

Ok bye. Kepada rakan-rakan yang nak bertukar kepada gaya hidup sihat bersama Herbalife, bolehlah hubungi saya di talian 0127498940. Jangan tunggu lama-lama. Sekali penyakit datang, memang dah susah. Ibarat macam spring yang dah rosak dan tak boleh kembali ke bentuk asal.

Alhamdulillah saya sedar sebelum terlambat.

Alamak sambung lagi. Ok bye betul-betul. Hihihi… 🙂

 

Tagged on: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *