Bukan Senang..

Nak kontrol nafsu.

Kalau selama ni makan je tak ingat dunia.

Tapi sekarang ni semenjak berdiet dengan Herbalife + baca ebook Kevin Zahri + mula exercise di rumah, saya mula kawal apa yang saya makan.

Sebelum ni berat dah turun 5.1Kg kepada 85.6Kg.

Lepas tu rasa senang hati dan mula cilok sana sini. Lepas tu pulak pergi Vietnam dan makan sedap-sedap.

Balik Malaysia berat naik balik jadi 87.2Kg.

Pastu mulalah rasa menyesal dan makan seadanya dan minum air banyak-banyak.

Pagi tadi berat turun lagi jadi 86.7Kg.

Jom tengok menu diet saya untuk hari ni..

Pagi-pagi minum Aloe + Teamix 400ml. Pastu minum shake Cappucino + Chocolate Dutch.

Lepas tu exercise lagi bersama Jillian. Seronok sangat bila banyak keluar peluh. Lepas exercise makan epal hijau sebiji. Chewah.. rasa macam menjalani cara hidup sihat sangat. 🙂

Lepas tu dalam pukul 11 pagi makan nasi separuh + ikan masak asam pedas + bendi + sambal tempe + timun batang. Nikmat sangatttt…

Petang ni pulak sandwich tuna (tuna + cheese + tomato) dan sedikit kekacang.

Malam ni insyaAllah minum shake Cappucino + minum air banyak-banyak. Tak lupa minum collagen sebelum tidur.

Chewahhhhhh…

 

Hahhaha..

Macam tak caya je jadual seharian ada Vit C + Omega 3 + French Pine Bark + Collagen Ephyra.

Macam dah nak bertukar jadi orang lain je.

Saya percaya badan saya sekarang adalah pilihan saya 3 bulan lepas. Jadi badan saya pada 3 bulan yang akan datang adalah berdasarkan pilihan saya sekarang.

Doakan ya. Dah kesian sangat pada diri sendiri yang terpaksa membawa lebih 30Kg muatan berlebihan setiap hari.

2 thoughts on “Bukan Senang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *