Tips Untuk Mempromosikan Perkhidmatan Home Tuition @ Personal Tutor

Hari ini saya ingin berkongsi rahsia dan tips dalam mempromosikan bisnes @ perkhidmatan home tuition @ personal tutor yang saya dah janjikan dalam entri yang lepas.

Sebenarnya idea dah ada, cuma tak sempat nak dizahirkan ke dalam bentuk tulisan kerana kesibukan saya dengan my latest obsession which is baking and decorating cupcakes!

Okay, here we go..

#1 – Buat flyers yang simple tetapi menarik perhatian

#2 – Buat pamplet yang menerangkan servis @ perkhidmatan anda dengan lebih detail

#3 – Buat namecard yang menyatakan kelayakan anda dan servis @ subjek yang ditawarkan

#4 – Bina website yang boleh memberi maklumat lanjut tentang perkhidmatan anda

#5 – Hantar flyers di sekitar taman perumahan anda @ di kawasan target market anda. Untuk hantar flyers ni, anda boleh hantar sendiri, guna perkhidmatan syarikat penghantar flyers (yang selalu hantar flyers rumah, shopping complex dll), gunakan khidmat posmen, gunakan khidmat penjual surat khabar dll..

#6 – Bila prospek menelefon anda, aturkan pertemuan dan bawa bersama namecard dan pamplet

#7 – Jika anda merupakan seorang guru sekolah, itu satu kelebihan buat anda. Sebaliknya jika anda bukan seorang guru sekolah, anda boleh menggunakan ayat power berikut (ini merupakan ayat cari makan yang saya cipta untuk kakak saya tetapi atas dasar ingin berkongsi ilmu, saya perturunkan pada anda)

“Walaupun ramai parents yang rasa lebih yakin untuk hantar student belajar tuisyen dengan seorang guru sekolah, tetapi sebenarnya guru sekolah adalah sangat sibuk. Jadi, mereka selalunya tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya terhadap kelas tuisyen. Tambahan pula, guru sekolah biasanya mengajar di dalam bentuk lecture kepada student yang ramai. Sebaliknya guru home tuition seperti saya lebih berpengalaman di dalam mengajar murid secara perseorangan..”

Walaupun ayat di atas ni tidaklah terlalu POWER rangers, tetapi anda boleh olah dan tambah mana-mana yang patut..

#8 – Anda kenalah menjual diri anda dengan memberitahu para prospek (ibu bapa) bahawa anda memang berpengalaman di dalam mengajar (kalau pernah mengajar adik /anak saudara/kawan pun boleh dikira pengalaman) dan anda memang minat mengajar

#9 – Kalau boleh, bagi testimoni para pelajar anda yang terdahulu

#10 – Tips yang paling penting. Saya pernah terbaca satu buku yang menyatakan bahawa

“People will trust anything you tell them until you action proved otherwise”

atau dalam bahasa melayunya bermaksud “Orang akan percaya dengan apa yang anda beritahu mereka sehinggalah terbukti bahawa apa yang anda beritahu mereka itu adalah tidak benar”. Bukan bermakna saya mengajar anda menipu.. Cuma anda haruslah berani untuk menjual diri anda dan menyatakan kelebihan2 yang ada pada anda untuk menarik perhatian dan kepercayaan prospek anda. Jika anda tidak promote diri anda, siapa lagi yang nak promote? Gunakan tips ini untuk mempromosikan diri anda habis-habisan.

Setakat ini sahaja tips untuk hari ini. Opps lupa pulak tips promosi yang paling mendapat sambutan:

#11 – Iklankan servis anda di pokok2 (macam iklan along). Secara logiknya, kalau tak berkesan, takkanlah along tak habis-habis guna taktik ni. Saya dah cuba, memang menjadi..

Good luck and Happy Promoting!!

20 thoughts on “Tips Untuk Mempromosikan Perkhidmatan Home Tuition @ Personal Tutor

  1. norhaizan

    Salam..
    semua tips diatas ini memang sangat bagus dan praktikal untuk dilaksanakan. Saya telah mencuba hampir kesemua tip2 ini
    malah lebih dari itu.

    Mempromotekan diri sebagai guru tuisyen adalah satu perkara yang paling mencabar jika anda (bukan guru) supaya
    anda dipercayai sebagai orang yang berkredibiliti dalam kerja anda.

    Teknik along, teknik gores dan menang, teknik gantung bedal, teknik tepi pokok, teknik killer mouth to mouth sudah anda ikuti???

    cuba cari jika ada dimana-mana.

  2. norhaizan

    Salam..
    semua tips diatas ini memang sangat bagus dan praktikal untuk dilaksanakan. Saya telah mencuba hampir kesemua tip2 ini
    malah lebih dari itu.

    Mempromotekan diri sebagai guru tuisyen adalah satu perkara yang paling mencabar jika anda (bukan guru) supaya
    anda dipercayai sebagai orang yang berkredibiliti dalam kerja anda.

    Teknik along, teknik gores dan menang, teknik gantung bedal, teknik tepi pokok, teknik killer mouth to mouth sudah anda ikuti???

    cuba cari jika ada dimana-mana.boleh juga kita kongsikan sama-sama!

  3. roselind

    thanks for the info..great idea.sy memang ada buat home tuition secara kecilan di rumah.maklum la suri rumah je.tp ada 2 tahun jadi GSTT di sekolah rendah.dan pernah juga mengajar di pusat tusyen selama beberapa bulan.cuma yang saya risaukan sekarang..home tuition ni perlukan lesen atau tak ye?ada sapa2 tau tak.. 🙂

  4. Cikgu Ashikin

    Terima kasih atas perkongsian tersebut, sy seorg guru di MRSM pengalaman 10 thn ajar sejarah berminat utk menjadi kn guru tuisyen sbg kerja part time…

  5. Siti Zara

    Sy tinggal di kawasan yg mana home tutor biasanya diperlukan. Market pun bagus. Tp sy tak nk ambil ramai sgt murid, sebab dlm seminggu sy perlu ke beberapa rumah je. So bagaimana promosi yg perlu sy buat? Tq.

  6. Cik Izzati

    Jika anda berminat perkhidmatan home tuition bagi subjek bahasa melayu sekolah rendah dan sekolah menengah. Area Marang dan Kuala Terengganu, Terengganu. Sila hubungi saya, Cik Izzati (wassap,sms,call) di talian 013-4854016. Insyaallah saya sedia membantu.
    *telah mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu di institut pendidikan guru.
    *mempunyai pendedahan tentang format UPSR terbaru, bermula 2016

  7. laila qamarina

    terima kasih utk semua tips nyaa. ada kelulusan ijazah pendidikan, tapi masih belum ada rezeki utk bergelar guru secara rasmi di sekolah. saya baru nk start buat tuisyen di rumah saya sendiri. cuma saya ada sedikit kemusykilan, adakah perlu utk saya berdaftar ataupn memiliki permit utk memulakan tuisyen ni? sebab buat masa terdekat ni saya hanya nak buat tuisyen secara skala kecil shj, murid bg setiap subjek anggaran 5 -10 org shj. terima kasih.

  8. Wan Norazihan Bt sa'aid

    Jika ada yang berminat untuk perkhidmatan home tuition area klang/shah alam bagi subjek matematik f1-f5 dan matematik tambahan f4&f5 boleh hubungi saya 013 9141032 (cikgu wan) yang merupakan guru di smk dan pemeriksa kertas 2 matematik spm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *