Tips Mencari Pendapatan Tambahan
Salam semua,
Hari ini saya ingin berkongsi satu tips untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Saya pasti ada di antara rakan-rakan yang sedang tercari-cari cara untuk menambahkan pendapatan tambahan bagi meningkatkan ekonomi keluarga.
Kalau diikutkan terdapat banyak cara untuk kita mendapatkan pendapatan tambahan. Di antaranya adalah dengan bekerja lebih masa, bekerja part time pada waktu malam atau hujung minggu, menceburi bisnes MLM, menjadi Unit Trust Consultant (seperti saya.. ) atau melibatkan diri di dalam bisnes kecil-kecilan seperti menjadi pemborong atau pengedar barang-barang tertentu seperti tudung, baju, keronsang dan sebagainya.
Namun begitu ada satu lagi cara untuk mendapat pendapatan tambahan dengan lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Nak tahu apa dia?
Caranya ialah dengan menyediakan perkhidmatan yang anda betul-betul minat dan mahir. Sebagai contoh:
- Menjaga bayi dan kanak-kanak
- Mengambil dan menghantar kanak-kanak ke sekolah
- Mengambil tempahan menjahit baju @ langsir
- Mengambil tempahan biskut dan kuih
- Mengajar tuisyen peribadi
- Mengajar Iqra’ dan Al Qur’an
- Mengajar cara-cara membuat kuih
- Mengajar cara-cara membina laman web
- Menyediakan perkhidmatan homestay atau roomstay
Sebenarnya list ini boleh dipanjangkan dan dikembangkan lagi, tetapi saya rasa cukuplah sekadar 9 contoh untuk menunjukkan kepada anda bahawa terdapat banyak cara untuk mencari pendapatan tambahan. Yang paling senang adalah melihat masalah yang dialami oleh orang-orang di sekeliling anda dan buat perkhidmatan yang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Yang paling penting adalah promosi.. promosi.. dan promosi..
Tidak cukup dengan hanya bercita-cita untuk menyediakan perkhidmatan tersebut, anda haruslah mula mempromosikan khidmat anda. Jika tidak, orang lain tidak akan tahu tentang khidmat anda dan anda juga tidak akan mendapat pelanggan.
Sebagai contoh, saya mempunyai kemahiran untuk membina laman web semenjak tahun 2007. Namun begitu, saya tidak pernah mempromosikan servis ini kepada rakan-rakan dan klien unit trust saya sehinggalah pada awal tahun 2009 seorang klien telah meminta bantuan saya untuk membina website perniagaannya.
Selepas itu saya banyak menerima tempahan membina blog dan laman web. Alhamdulillah dengan cara ini saya berjaya menambah pendapatan sebanyak RM300 bagi setiap website yang disiapkan.
So, jika anda mempunyai apa jua kemahiran yang boleh dikomersialkan, jangan pendamkan sahaja. War-warkan pada kenalan anda dan anda pastinya akan dapat menjana pendapatan tambahan yang lumayan.
- Makluman Terkini Kelas Buat Blog
- Resepi Biskut Makmur
salam…sy mmg sedang mencari jalan atau apa-apa sj kerja untuk menambah pendapatan sekarang..tetapi tidak berani mencuba…teringin juga untk buat bisnes online tapi tak tahu macamana nak start…..sy berharap agar puan dapat memberi sedikit tips utk sy…terima kasih
Tips saya adalah pilih bidang yang betul-betul puan minat, dan lepas tu cari mentor.
Tengok macamana mentor buat dan tiru je. InsyaAllah pasti berjaya!
klau wat website sng lah nk promote, klau ade kebolehan wat banner n poster, camne nk cari market? sbb kadang2 membe datang mntk tolong design, pastu bg free2 je.nk sroh baya kang, cakap ape plak.
askum. saya ingin cuba membuat coklat , coklat dan biskut dan ingin promosikan di website. tapi saya tidak tahu bagaimana cara utk membuat website utk mempromosikannya. diharap anda dpt menolong saya.
assalam, terima kasih…saya baru sahaja ingin memulakan kelas tuisyen. website puan telah memberikan inspirasi dan tips yang terbaik kepada saya untuk memasarkan perkhidmatan saya. syukran.