Tips Melakukan Promosi – Buat Promosi di Tempat Yang Sama!

Hari ini saya ingin berkongsi tips dalam membuat promosi terutamanya untuk rakan-rakan yang ingin mengadakan roadshow.

Melalui pembacaan saya, cara berkesan untuk membuat promosi adalah dengan membuat roadshow di tempat yang sama secara berulang-ulang.

Jika anda ingin mengadakan roadshow di sesebuah tempat, sebaik-baiknya anda mengadakannya di tempat secara tetap. Sebagai contoh, setiap sebulan atau setiap dua bulan sekali. Selain itu, sebaik-baiknya ia diadakan di tempat yang sama.

Ini kerana, mengikut kajian di dalam bidang pemasaran, manusia akan tertarik dengan sesebuah promosi setelah melihatnya selepas 5 kali di tempat yang sama.

Selain itu, jika anda membuat promosi secara konsisten, ini juga menunjukkan yang anda benar-benar serius di dalam perniagaan anda.

Ilmu ini juga akan saya praktikkan di dalam saya mempromosikan Unit Trust Public Mutual. Ini kerana, saya akan membuat promosi pada setiap hujung bulan di Jusco Taman Universiti.

Jika anda tinggal di sekitar Johor Bahru, jemputlah singgah di booth saya…

One thought on “Tips Melakukan Promosi – Buat Promosi di Tempat Yang Sama!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *