Tak Semestinya Bisnes Franchise Akan Berjaya

Pada hari Khamis yang lepas saya buat appointment dengan seorang klien di Gloria Jeans Coffee di Plaza Angsana, Johor.

Konon-kononnya nak minum air Coco Loco yang saya suka sangat tu. Sampai je kat sana, kedai tu dah tutup.

Frust saya dibuatnya.

Semalam pulak saya perasan sebuah cawangan Burger King di sebuah stesyen Petronas di JB pun dah tutup.

Tak tahulah siapa franchiseenya. Tapi yang saya tahu, modal nak bukak sesebuah franchise ni memang beratus ribu.

Saya pun ada beberapa kenalan lain yang menyertai perniagaan franchise. Ada yang berjaya. Ada yang cukup-cukup makan.

Yang berjaya tu sebab dia memang dah ada pengalaman berniaga. Yang cukup makan sebab dia langsung tak ada pengalaman.

Jangan fikir bila kita buat bisnes franchise, kita boleh goyang kaki. Kita tetap kena fikirkan macamana untuk buat promosi, macamana untuk mengambil hati pelanggan, macamana untuk mendapat pelanggan tetap dan sebagainya.

Nasihat saya, sebelum melabur berpuluh ribu atau beratus ribu dalam perniagaan, laburkan duit untuk diri sendiri terlebih dahulu. Beli buku dan hadiri seminar-seminar perniagaan, pemasaran, customer service dll.

Percayalah, pelaburan ke atas diri sendiri akan berikan pulangan yang paling tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *