Sibuk Yang Tak Produktif

Saya selalu terbaca status FB usahawan online yang sangat sibuk.

Ramai sangat yang order sampaikan tak sempat nak reply PM pelanggan, tak sempat nak packing barang, tak sempat nak pos barang dan juga tak sempat nak siapkan urusan rumahtangga yang lain.

Kalau di peringkat awal berniaga, saya faham. Tapi kalau dah berniaga bertahun tahun, timbul rasa kesian.

Kesian sebab mereka ni dah terperangkap dalam quadrant S mengikut definisi Robert Kiyosaki.

Quadrant S adalah usahawan yang menggunakan masa dan tenaga mereka untuk dapat duit.

Kalau mereka tak bekerja, mereka tak dapat duit.

Alhamdulillah melalui pembacaan saya dari buku-buku motivasi dan keusahawanan, saya belajar bahawa usahawan yang berjaya tidak boleh membuat semua benda sendiri.

Dalam sebuah buku, saya belajar tentang..

Dont do 5 dollar job.

Maksudnya jangan bazirkan masa kita untuk buat kerja yang boleh dilakukan oleh orang lain dengan gaji RM5 sejam.

Ini kerana jika kita dah terikat dengan kerja yang remeh temeh, nanti kita takkan ada masa untuk buat perkara hebat dan dapat pendapatan yang lebih besar.

Ambil pekerja untuk settlekan urusan yang mudah dan gunakan masa untuk fikirkan strategi bagi mengembangkan bisnes.

Saya faham ada peniaga yang risau jika mereka tidak ada kerja. Sebab tu mereka taknak menggajikan orang kerana risau nanti mereka tak tahu nak buat apa.

Takpe, dapatkan pekerja dulu. Nanti, bila dah ada masa bolehlah gunakan masa tu untuk baca buku, pergi seminar ataupun pergi bersosial dengan orang-orang yang berjaya.

Lepas tu bolehlah gunakan masa yang ada untuk praktiskan ilmu-ilmu baru.

Setiap kali saya buat sesuatu, saya akan fikir adakah kerja ini berpadanan dengan gaji yang saya inginkan? Siapakah yang boleh saya upah untuk membuat kerja ini? Apakah yang saya dapat buat jika saya tidak membuat kerja ini?

Saya pun nampak ramai peniaga online yang setiap hari sibuk ke pejabat pos dan menunggu nombor giliran di pejabat pos.

Sebenarnya lebih mudah jika kita buka akaun dengan pihak Poslaju @ mana-mana syarikat courier. Apabila ada barang yang nak diposkan, kita boleh call dan mereka akan datang pickup barang di tempat kita.

Kalau bisnes kita ada banyak cawangan, kita juga boleh buka sub akaun bagi setiap cawangan.

Ada juga peniaga yang nak jimatkan kos tapi membuka kedai @ booth di tempat yang sewa rendah.

Sewa rendah = trafik pengunjung rendah.

Kalau peniaga itu berniaga secara online dan kedai itu berfungsi sebagai gudang atau pusat pembungkusan, takpelah. Tapi kalau bisnes tu mengharapkan pelanggan offline, hal ini boleh menyebabkan peniaga kerugian dan seterusnya boleh berhenti berniaga.

Panjang pulak celoteh pagi ni. Semoga bermanfaat!

One thought on “Sibuk Yang Tak Produktif

  1. Man

    ye…saya masih ingat lagi …..Dont do 5 dollar job yang Puan pernah ceritakan dalam kelas. oooh….my 5 dollar job ….Bila boleh stop ? he…he…he…
    Can Money Buy Time ?…
    Technically money cannot buy you more time but it can certainly let you reserve your time to do whatever is important and meaningful to you. There is a big difference on how a rich person uses his time and money versus a poor person. if you are rich, you can hire a driver so that you can do something else on the road and save time on looking for a parking space. But if you are too poor to even pay for a bus ticket, the only choice you have is to walk to your destination. In other words, a poor person may take many years to complete a task that a rich person can do in just a day. Does that not say something about the richer you are, the more time you can save.
    After equipping yourself with some skills and knowledge, you work for someone or a coporation in exchange of money, which the money is going to to take care of your daily expenses. Would you not call that as an activity of “selling time”? That is the other side of the story. While rich people can buy more time and reserve their own, poor people had to worry about getting by, selling more of their personal time. Oleh: KC Lau. Wealth attitude, Money Compass Aug – Sep

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *