Rahsia Untuk Mendapat Sesuatu Yang Diinginkan – Meminta @ Ask

Pernahkah anda mendengar ungkapan “Ask and you shall receive”?

Sebenarnya ungkapan ini merupakan satu ungkapan yang sangat tepat. Ini kerana, hari ini ramai orang yang menginginkan sesuatu tetapi malu untuk meminta. Sebenarnya apabila kita meminta sesuatu benda, kebarangkalian untuk kita mendapatkannya adalah sangat besar. Hal ini juga merupakan satu elemen yang sangat penting di dalam keusahawanan.

Terdapat satu kisah berkaitan dengan Henry Ford yang dapat menjelaskan ungkapan ini dengan tepat. Henry Ford mempunyai seorang sahabat baik yang merupakan seorang jurujual insurans. Mereka telah bersahabat baik selama bertahun-tahun.

Pada suatu hari sahabatnya telah terbaca di dalam akhbar bahawa Henry Ford telah membeli sejumlah insurans yang sangat besar melalui jurujual insurans yang lain. Sahabatnya ini merasa sangat sedih dan kecewa. Oleh kerana terlalu sedih, sahabatnya ini telah berjumpa dengan Henry Ford dan bertanya kepada beliau kenapa beliau membeli insurans daripada orang lain sedangkan dia juga menjual insurans.

Jawapan yang diberikan oleh Henry Ford sangat ringkas. “Because you never ask me to buy.”

Ini menunjukkan bahawa orang tidak akan membeli sesuatu dari kita jika kita tidak meminta mereka berbuat demikian. Begitu jugalah di dalam kehidupan seharian kita. Orang tidak akan menolong kita jika kita tidak meminta pertolongan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *