Rahsia Salesman Cemerlang – Terima Penolakan Dengan Hati Terbuka

Hari Ini saya telah mengikuti training QuickStart di Public Mutual. Training ini memberi tips-tips yang sangat berguna tentang cara-cara untuk mencari klien dan juga teknik closing yang bersesuaian. Selepas akhir sesi, penceramah membuka ruang kepada para peserta untuk memberitahu masalah yang dihadapi di dalam proses pembentangan kepada klien dan juga semasa closing.

Salah seorang peserta telah mengadu bahawa dia rasa dia sudah membuat pembentangan yang baik dan prospeknya juga merupakan seorang yang berduit. Malangnya prospeknya masih tidak mahu melabur di dalam unit trust. Jadi, dia bertanya kepada penceramah apa yang patut dilakukan.

Beberapa orang peserta telah memberikan beberapa tips dan juga ayat-ayat power yang mereka gunakan di dalam kes sebegini, termasuklah saya. Namun begitu, apa yang saya kongsikan adalah kadangkala kita kena terima penolakan dengan hati terbuka dan ‘move on’. Ini kerana, walaupun kita rasakan bahawa kita telah mencuba sedaya upaya, ada sesetengah orang memang tidak ditakdirkan untuk menjadi klien kita.

Penceramah juga bersetuju dengan pendapat saya ini dan mengakui bahawa dia sendiri juga banyak menerima penolakan. Namun begitu, dia menerimanya dengan hati terbuka.

Salesman yang baik bukanlah salesman yang boleh close sales setiap kali membuat presentation (ini jarang sekali berlaku sebenarnya). Sebaliknya salesman yang baik adalah salesman yang menerima penolakan, move on with the next client, tidak berputus asa dan sentiasa memperbanyakkan aktiviti.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan pedoman kepada rakan-rakan bakal usahawan kerana usahawan yang berjaya perlulah menjadi seorang salesman yang cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.