Promote.. Promote..

Ada seorang sahabat mengadu kain-kain yang beliau beli di Vietnam tidak terjual.

Memang dari awal saya sudah maklumkan bahawa pengiklanan sangat penting dan memang setiap bisnes perlu ada budget untuk iklan.

Kalau nak bagus, beli barang 5000, iklan 5000. Kalau tak boleh pun, beli barang 5000, budget iklan 1000.

Tapi dia mungkin kurang yakin dengan kuasa iklan. Mungkin dia rasa iklan tu satu perbelanjaan dan dia nak kurangkan perbelanjaan.

Tapi sebenarnya salah.

Iklan adalah satu pelaburan.

Untuk bisnes melalui Facebook, lagi banyak LIKE di Facebook, lagi tinggi peluang untuk kita menjual produk dan perkhidmatan kita.

Bila orang dah LIKE, walaupun dia tak beli sekarang, mungkin dia akan beli di masa akan datang. Mungkin dia tolong promote pada orang yang terdekat dengan dia. Segalanya mungkin.

Dan katakanlah dalam ramai-ramai yang LIKE tu, ada sorang je yang beli. Nampak tak berbaloi kan?

Tapi tak mustahil dia akan jadi pelanggan tetap dan terus membeli dari kita di masa akan datang.

Bila saya buku biografi syarikat Mydin, memang saya rasa lebih sabar dalam berbisnes.

Sebab dalam buku tu, dia cakap orang sekarang tak sabar. Buat bisnes sekejap dah tak sabar. Sedangkan Mydin pun ambil masa 20 tahun untuk buka cawangan yang kedua.

Kunci dalam bisnes adalah bertahan dan jangan mudah mengalah.

Ok bye. Kena stop dulu. Nak ambil Abang Iqbal yang ada latihan TKRS di sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *