Blog Bisnes Cotton

Pagi tadi saya telah berjumpa dengan seorang pegawai PTD yang ingin memulakan bisnes kain dan ingin belajar cara untuk menggunakan blog dan FB bagi mempromosikan bisnes kainnya secara online.

Sebenarnya dia tak tahu pun bahawa saya pun tokey kain. Kelakar sangat. 🙂

Seronok jugak sesi tadi sebab dia pun sebaya dengan saya dan dia pun jenis yang cepat mesra.

Dalam masa 3 jam, saya setupkan blog, setup facebook page, ajar dia cara untuk update, ajar dia cara untuk promosi di samping bagi tips bagaimana untuk terima tempahan dan seterusnya untuk proses tempahan yang diterima.

Pendek kata, saya tolong dia buka kedai online, tetapi dia sendirilah yang kena letakkan barang ke dalam kedai onlinenya.

Tak perlu terlalu risau pasal design kedai. Sebab bila barang banyak, orang tetap akan datang.

Sambil-sambil mengajar dia tu, saya rasa okay jugak kalau saya buka kelas untuk peserta yang lebih ramai. Mungkin dalam 5-10 orang bagi setiap sesi dan pada harga yang lebih murah. Mesti lebih meriah kelas tu nanti kan.

Sebab sebenarnya saya minat sangat buat kerja-kerja macam ni. Memang betul saya seolah-olah menambah pesaing, tapi saya anggap peniaga-peniaga baru ni macam ejen-ejen unit trust yang baru.

Walaupun ramai yang berniaga, tapi insyaAllah akan ada rezeki bagi setiap orang. Malah, bila bekerjasama, lebih seronok dan mungkin ada benda yang kita boleh pakat-pakat.

Nak tahu apa nama blog peserta saya? Comel sangat namanya tau.

Jemput singgah ke…. http://bigmamacotton.com

Sekarang kedai ni belum ada banyak barang. Tapi insyaAllah dalam seminggu dua barang akan bertambah banyak.

Jika anda pun minat nak belajar buat blog untuk bisnes anda dan belajar tentang internet marketing secara one to one, bolehlah hubungi saya. Kalau ikutkan saya memang sibuk, tapi insyaAllah saya boleh cuba luangkan masa. Sebab saya suka sangat bab-bab internet marketing ni. Dan saya pun suka nak berkenalan dengan usahawan dari pelbagai bidang.

Kalau nak jemput saya buat kelas untuk peserta yang ramai pun insyaAllah tak ada masalah. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *