The Tipping Point & Sesi Luahan Perasan

Selamat pagi.. 🙂

Hari ni bangun awal pagi dan sambung baca buku The Tipping Point oleh Malcolm Gladwell.

 

85969

 

Malcolm Gladwell ni merupakan seorang penulis yang suka bagi penjelasan yang panjang lebar tentang sesuatu topik. Dalam setiap idea yang cuba dipersembahkan, dia akan kongsikan kisah-kisah yang berkaitan dan juga kajian yang dilakukan oleh ahli akademik.

Bila baca buku dia, rasa kagum dan terhutang budi dengan ahli akademik yang rajin buat kajian. Yelah, bukan senang nak buat kajian. Amik masa bertahun-tahun. Tapi bila kita baca kajian mereka, kita dapat maklumat secara short cut. Memang best.

Secara peribadi saya merasakan penulisan Gladwell ni agak panjang dan membosankan. Tapi disebabkan idea dan informasi yang disampaikan sangat menarik, jadi saya tabahkan hati dan cuba fahamkan sepenuhnya apa yang ingin disampaikan.

Setakat ni saya dah baca beberapa buku Gladwell termasuklah Blink dan juga Outliers. Lepas baca Blink, saya rasa lebih yakin untuk buat keputusan sebab antara kandungan buku tu adalah manusia sebenarnya boleh buat keputusan dalam masa yang sangat singkat.

Dalam beberapa saat kita boleh decide samada kita suka atau tidak dengan seseorang. Dan dalam beberapa saat kita boleh tengok samada sesebuah pasangan itu akan terus bahagia atau hubungan itu akan berakhir dengan perceraian.

Dalam buku Outliers pulak, saya belajar bahawa orang yang berjaya seperti Bill Gates @ Steve Jobs bukanlah sebab dia terlalu super duper hebat. Sebaliknya mereka berjaya disebabkan faktor ‘advantage’ daripada keluarga dan persekitaran.

Sebagai contoh Bill Gates merupakan anak orang kaya yang bersekolah swasta. Pada zaman dia bersekolah, komputer peribadi baru sahaja wujud dan tak ramai yang mampu untuk memiliki apatah lagi menggunakan komputer.

Tapi disebabkan dia bersekolah di sekolah swasta, ada ibu bapa yang menghadiahkan komputer peribadi pada sekolahnya. Ini memberi peluang kepada Bill Gates untuk bermain dengan komputer dan belajar ‘coding’ dari peringkat sekolah sedangkan peluang yang sama hanya diperoleh oleh sebilangan pelajar dari universiti tersohor.

Ilmu dan pengalaman dia menggunakan komputer menyebabkan beliau jauh lebih advance daripada rakan sekuliah semasa di tahun pertama pengajian di universiti.

Sebagai bekas pelajar dalam bidang kejuruteraan, saya memang faham sangat situasi ni sebab saya sendiri pun terkial-kial nak memahami asas coding pada tahun 1 pengajian. Jauh sangat bezanya dengan Bill Gates yang dah ada pengalaman bertahun-tahun dan dah pandai membuat sistem di peringkat sekolah menengah.

Buku Tipping Point ni pulak bercerita tentang bagaimana sesuatu benda boleh menjadi terkenal @ viral. Informasi yang sangat menarik dan menjadikan saya sangat excited untuk menghabiskan buku ini dan seterusnya cuba aplikasikan ilmu ini dalam perniagaan saya.

 

Tengah-tengah baca buku ni, tetiba rasa excited dan perasan. Rasa macam ada  produk-produk Benang Hijau yang akan jadi terkenal dan meletop di pasaran. Hihihi..

Semalam saya makan tengahari di City Square bersama BFF tersayang iaitu Kak Yati. Saya ternampak ada seorang wanita pakai baju kurung yang mana kainnya merupakan koleksi terkini dari Benang Hijau. Lepas tu ternampak ada seorang lagi  pakai shawl Benang Hijau.

Lepas tu masa kat Jusco Taman Universiti ternampak seorang minah arab pakai baju kurung dari Benang Hijau bersama shawl tribal yang juga dijual di Benang Hijau.

Memanglah ada kemungkinan dia beli dari kedai lain. Tapi saya rasa confident sangat bahawa diorang ni pakai produk Benang Hijau. Confident = Perasan. Hihihi..

Hari tu pun masa pergi KB Mall ternampak seorang pelanggan pakai shawl Benang Hijau dan yang bestnya masa tu dia pun tengah bimbit ecobag Benang Hijau yang pasti mengandungi shawl lain yang baru dibeli.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Happy sangat! 🙂

 

Okay sekian terima kasih. Sekian dulu sesi luahan perasan (memang sengaja tinggalkan satu huruf a dalam perkataan ni) untuk kali ni. Sekarang nak sambung baca buku Tipping Point.

Bye bye & happy weekend! 🙂

 

 

2 thoughts on “The Tipping Point & Sesi Luahan Perasan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *