The Art of Thinking Clearly

Semalam baca buku yang sangat menarik bertajuk The Art of Thinking Clearly oleh Rolf Dobelli.

OB-XN680_bkrvdo_GV_20130520141810

 

 

Penulis bercerita tentang cara-cara berfikir yang kurang tepat dan selepas membaca buku ini saya rasa lebih bijak. Hihihi..

Antara yang menarik adalah..

1. Jangan percaya sangat dengan statistik. Kena selidik siapa yang keluarkan statistik. Apa kepentingan orang yang keluarkan statistik. Apa @ siapa yang terlibat dalam statistik.

2. Jangan percaya apa yang ramai orang percaya. Walaupun ramai yang anggap sesuatu benda itu betul, tak bermakna benda tu betul (If fifty million people say something foolish, it is still foolish).

3. Kalau rasa tak sedap hati, lepaskan je sesuatu benda walaupun kita dah habiskan banyak masa, tenaga @ duit untuk benda tu. Contoh hubungan yang tak menggembirakan, putuskan je walaupun rasa sayang sebab dah bertahun-tahun hidup bersama. Ataupun bisnes yang tak menguntungkan, berhenti je daripada terus menanggung kerugian.

4. Jangan mudah terima benda yang percuma. Zaman sekarang ni banyak pihak yang bagi benda percuma tapi sebenarnya ada udang di sebalik batu. Contoh : Seminar percuma @ produk percuma @ orang berkopiah yang tetiba nak bagi kita ayat Qur’an tapi lepas tu minta sedekah ‘ikhlas’ dari kita.

5. Jangan perasan kita paling pandai. Jangan rasa idea kita paling bijak. Tanya juga pendapat orang lain terutama orang yang tak suka kita.

6. Jangan terlalu ikutkan orang atas. Tak semestinya orang atas betul.

7. Kalau ada beberapa pilihan, manusia akan pilih yang lebih cantik @ lebih baik. Jadi, kalau kita single dan nak keluar cari pasangan, keluar dengan kawan yang lebih hodoh dari kita. Hihihi..

8. Kadang-kadang kisah benar pun tak betul. Jangan terima bulat-bulat sebab media memang suka putar belit cerita untuk melariskan produk yang dijual. (Berdasarkan pengalaman kena interview dengan wartawan TV, saya sokong 100%. Media memang pandai olah cerita supaya lebih sensasi).

9. Jangan percaya dengan pembaca berita. Hihihi.. Yang ni pun setuju 100%. Sebab pembaca berita bukan orang yang pakar pun. Diorang ni macam penyanyi yang ‘miming’ je. Maklumat yang disampaikan bukannya diperoleh dari kepakaran @ pengalaman dia tapi dari teks yang dibaca. Penulis kata, jangan kagum sangat la dengan pembaca berita ni.

10. Less is More. Pilihan yang banyak menyebabkan orang tak dapat buat pilihan. Jangan bagi terlalu banyak pilihan pada prospek.

11. Ramai orang buat keputusan berdasarkan perasaan suka terhadap seseorang. Jadi, kalau nak buat keputusan, jangan biarkan perasaan ‘suka’ menguasai pertimbangan. Tapi kalau kita buat sales, jadilah orang yang disukai.

12. Perkara yang berlaku secara kebetulan tu, sebenarnya bukanlah kebetulan sangat. Ia berlaku secara rawak.

13. Keputusan yang dibuat dalam kumpulan besar selalunya kurang tepat. Sebab tak ramai orang yang taknak tunjuk sangat bahawa dia tak setuju dengan sesuatu. Dan ramai orang jenis yang mengikut je demi menjaga semangat setiakawan dalam kumpulan. Keputusan dalam kumpulan yang besar ni lah yang selalunya menyebabkan masalah yang besar (contoh keputusan untuk berperang dll).

14. Kerja berkumpulan tak semestinya produktif. Berdasarkan kajian, ramai yang tak serius @ lepas tangan bila disuruh buat kerja secara berkumpulan.

15. Kalau kita bertuah di peringkat awal kita buat bisnes, tak semestinya kita ni hebat sangat. Mungkin tu hanya nasib. Jadi jangan terlalu berani nak buat keputusan yang besar sebab rasa kita ni bijak sangat.

 

 

Banyak sangat point yang best. Tapi tak larat nak tulis semua. InsyaAllah akan datang saya sambung ya. 🙂

Pendek kata, saya suka buku ni sebab bagi saya idea-idea yang baru dan menambah baik cara saya berfikir.

 

Selamat membaca!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *