Saya Adalah Seorang Yang Membosankan

Saya tak suka tempat yang sesak. Tak suka tempat yang bising. Tak suka ke tempat yang ramai orang. Tak suka ke tempat yang ramai orang pada waktu cuti sekolah.

Dan bila bercuti ke mana-mana, sebenarnya saya lebih suka duduk di bilik hotel sambil membaca buku.

Dari semalam rasa tak keruan mengenangkan buku yang saya nampak di airport.

So petang tadi saya, Abang Iqbal & Abang Adi pergilah ke kedai buku Popular di kompleks Tun Jugah.

 

20130124-194432.jpg

 

 

20130124-194437.jpg

 

Bila dah beli, rasa happy sangat. Dan tak sabar-sabar nak habiskan.

InsyaAllah akan habiskan semua sebelum balik ke rumah. Kiranya balik dalam keadaan lebih berilmu. Chewahhhh… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *