Kuasa Internet

Antara kandungan buku Socialnomics yang sedang saya baca adalah kuasa internet dalam politik.

Kita selalu dengar artis berjaya disebabkan kuasa internet. In fact kat Malaysia ni ustaz pun jadi popular disebabkan kuasa internet.

Tapi sebenarnya internet pun memaikan peranan yang sangat besar dalam kemenangan Obama sebagai Presiden US.

Kalau bukan disebabkan internet, mungkin beliau tak tercalon pun. Tapi melalui YouTube, hampir 10 juta kali video ucapan beliau ditonton dan menambahkan populariti beliau di kalangan pengundi.

Yang menarik lagi, sebenarnya data Google pun menunjukkan bahawa nama Obama lebih banyak mendapat carian (hampir 4 kali ganda) daripada lawan beliau.

Pendek kata, maklumat yang dimiliki oleh Google dapat digunakan untk meramal keputusan sesebuah pilihanraya.

Bila saya baca tentang ni, saya memang yakin bahawa PR akan menang dalam pilihanraya di Malaysia.

Kalau dulu rakyat hanya mendapat maklumat melalui media massa yang dikawal oleh kerajaan, tetapi sekarang internet telah menjadi sumber yang lebih dipercayai berbanding media massa.

Okay bye. Nak sambung baca buku sambil-sambil balas komen dan PM di page Benang Hijau. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *