Hidup Di Luar Zon Selesa..

Presiden Johor Jaya Toastmasters Club (JJTC) iaitu Mr Tey Bin Yuen merupakan seorang jurutera, penulis buku dan pelabur saham.

Saya sangat mengkagumi beliau dan semalam saya telah membuat appointment untuk minum petang bersama beliau.

Excited sangat nak berbual dan belajar dari orang yang dah mencapai beberapa impian dalam hidup saya iaitu untuk menjadi pelabur yang berjaya dan menulis buku. Yang bagusnya, Mr Tey menerbitkan bukunya sendiri. Hebat kan?

Dan bagi menyahut cabaran untuk hidup di luar zon selesa, beliau juga baru berhenti kerja sebagai jurutera untuk fokus dalam bidang penulisan, bengkel motivasi dan bengkel pelaburan saham.

Hampir dua jam kami berbual dan banyak ilmu yang saya dapat tentang penerbitan buku dan juga tentang pelaburan saham.

Maklumlah selama ni sibuk dengan pelaburan unit trust je kan, sesekali berbual dengan orang yang aktif melabur dalam pasaran saham memang sangat membuka minda.

Saya juga mengambil kesempatan untuk membeli buku beliau dan meminta tandatangan beliau.

20120512-094647.jpg

Alhamdulillah pagi ni saya berjaya menghabiskan buku ni dan saya rasa makin bersemangat untuk hidup di luar zon selesa.

Pada saya buku ini memang sesuai untuk anda yang sedang mencari kekuatan untuk memulakan sesuatu yang baru, samada dalam hubungan, dalam pekerjaan dan juga dalam bidang keusahawanan.

Saya memang sentiasa bersemangat tetapi selepas membaca buku ini semangat saya semakin meningkat dan rasa lebih berani dan tidak sabar untuk membuat sesuatu di luar kebiasaan.

Saya juga bercadang untuk menjadikan buku ini sebagai salah satu hadiah kepada klien, business partners dan kenalan terdekat saya.

Selain memberikan panduan untuk hidup di luar zon selesa, kandungan buku ini diselangi dengan quotes daripada orang-orang yang ternama, kisah-kisah teladan dan yang bestnya ada interview dengan beberapa orang dari pelbagai negara yang telah mencapai kejayaan besar disebabkan mereka memilih untuk hidup di luar zon selesa.

Kepada yang berminat untuk memiliki buku ini, ia boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh Malaysia pada harga RM30 atau boleh dibeli secara terus di blog penulis iaitu http://www.teybinyuen.com/life-beyond-the-comfort-zone/

Selamat membaca!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *