Cuti Belajar Lagi.. Hari Ni Belajar Dengan Azizi Ali Pulak..

Semalam saya cuti belajar sekali lagi.. 🙂

Bangun pagi, tekak rasa perit. Bila cakap, suara jadi lain. Sexy you… hehehe..

So, sebagai bos besar saya isytiharkan semalam sebagai hari cuti belajar jugak. Maklumlah dah makin hampir dengan raya ni, makin kurang rajin pulak nak keluar jumpa klien.

Kebetulan semalam nak uruskan pembahagian dan penghantaran kek lapis yang dah diorder sebelum ini.

Sejak bila saya jual kek lapis?

Itu adalah secara sambilan sahaja. Tolong promotekan kek lapis yang dibuat oleh seorang klien. Diam tak diam tahun ni dah masuk tahun ketiga tolong jual kek lapis dia. Alhamdulillah, tak perlu cari klien baru. Klien sedia ada pun ramai. Sebab kek dia memang meletop!!

Jadual semalam :

5.30 pagi  : Lepas sahur start baca buku How to Become a Property Millionaire

10.00 pagi : Pergi rumah tokey kek lapis

11.00 pagi : Hantar ke tempat kerja suami (sebab paling ramai yang order adalah rakan sekerja suami) & sorang lagi pelanggan lain. Dalam perjalanan sibuk tengok kiri kanan kotlah ada iklan ‘House For Sale’. Huhu.. semangat tak?

1.00 tengahari : Selamat sampai di rumah & sambung baca buku Azizi Ali

1.30 petang : Kak Long & Amirah datang ke rumah.

3.00 petang : Sambung baca buku

6.00 petang : Buka puasa di rumah Kak Long

9.00 malam : Sambung baca buku Azizi Ali

10.00 malam : Abang ipar datang rumah untuk bagi duit raya pada anak-anak. Alhamdulillah..  🙂

11.30 : Sambung baca buku sebelum tidur.

 

Komen tentang buku How to Become a Property Millionaire:

Super duper best! Kepada yang belum beli, saya syorkan sangat.

Ada ajar tentang cara nak beli rumah, cara nak jual rumah, cara nak sewakan rumah, cara berurusan dengan penyewa, jenis rumah yang sesuai sebagai pelaburan, pilihan pinjaman yang ada dan pelbagai tips yang sangat berguna.

Komen saya tentang buku Azizi Ali : Sangat informatif disertai gaya penulisan yang sangat menarik. Definitely a must read!!

Kepada Cik Fizah yang telah menghantar email dan tertanya-tanya macamana saya boleh ada banyak masa untuk membaca sedangkan saya sudah berkeluarga dan mempunyai anak, jawapannya adalah kerana saya tidak menonton tv, bergosip dan yang sewaktu dengannya. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *