Blink

Alhamdulillah semalam saya berjaya menghabiskan buku Blink oleh Malcolm Gladwell. Buku ini mengupas tentang cara manusia membuat keputusan.

Sebenarnya kita boleh buat keputusan dalam masa yang singkat dan tak perlu fikir terlalu lama. Adakalanya terlalu banyak maklumat boleh menyebabkan kita membuat keputusan yang silap.

Banyak contoh yang diberikan dalam buku ni. Antaranya tentang sebuah museum ingin membuat keputusan untuk membeli sebuah patung antik bernilai 10 juta.

Mengikut penyelidikan oleh saintis yang mengambil masa berbulan-bulan, patung itu adalah patung lama kerana ia menggunakan batu yang lama dan warnanya adalah seperti warna patung yang tertanam di dalam tanah dalam tempoh yang lama.

Tetapi beberapa orang pakar dalam bidang barangan antik merasa tidak sedap hati pada kali pertama melihat patung ini. Mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Akhirnya ahli museum membuat keputusan untuk membatalkan pembelian itu.

Dan berdasarkan penyelidikan yang lebih mendalam, ternyata patung itu adalah patung tiruan yang dibuat oleh peniru profesional yang menggunakan teknologi terkini untuk membuat patung tersebut kelihatan seperti patung lama.

Dalam contoh ini, pihak museum membuat keputusan berdasarkan gerak hati yang membuat keputusan dalam tempoh 3 saat pertama mereka melihat patung tersebut walaupun laporan saintis membuktikan patung itu adalah patung antik.

Pastu antara yang menarik adalah bagaimana seorang profesor boleh membuat jangkaan yang tepat samada sesebuah pasangan akan bercerai atau tidak dengan hanya mendengar mereka berbual dalam tempoh beberapa minit.

Pasangan yang kekal lama adalah pasangan yang memuji tingkahlaku pasangan yang betul. Memang betul, ada masa kita bergaduh dengan pasangan. Ada masa kita marah, membebel dan sebagainya.

Tapi jika turut memuji apabila pasangan membuat perkara yang baik, insyaAllah hubungan kita akan kekal lama.

Banyak lagi ilmu yang menarik. Tapi memang tak larat nak tulis semua.

Pendek kata, lepas ni saya akan lebih mempercayai gerak hati saya dalam membuat keputusan, dan juga dalam perhubungan dengan seseorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *