Best Sangat!!

Best sangat bila dapat baca buku-buku yang best.

Dalam buku Outliers, saya belajar tentang kisah benar di sebalik kejayaan seseorang. Rupa-rupanya ada sebab mengapa Bill Gates berjaya.

20130128-150733.jpg

 

Bukan sebab dia adalah tersangat sangat sangat hebat. Tapi sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan dia berjaya.

Faktor masa, faktor peluang (sebab dia anak orang kaya, belajar di sekolah swasta dan sekolah tu menyediakan komputer yang mana pada tahun tu hanya beberapa universiti sahaja yang ada komputer).

Pastu belajar pasal kejayaan ahli-ahli sukan. Rupa-rupanya kebanyakan ahli sukan yang berjaya adalah dilahirkan pada awal tahun. Jadi, apabila pemilihan dibuat pada ketika sekolah rendah, mereka lebih besar dan lebih tangkas daripada rakan-rakan yang lahir di hujung tahun.

Bila dah terpilih, mereka mendapat latihan yang lebih baik dan seterusnya menjadi ahli sukan berjaya.

Banyak sangat benda baru yang membuka minda. Dan saya pun bersyukur tahu benda-benda ni sekarang. Sebab saya boleh aplikasikan ilmu ni untuk membantu anak-anak saya menjadi orang yang berjaya di masa akan datang.

Kesimpulan dari buku ni adalah janganlah sombong sangat bila kita berjaya. Sebabnya ada banyak sangat faktor yang mendorong kejayaan kita, dan bukannya sebab kita terlalu hebat.

Satu lagi adalah janganlah rasa rendah diri dengan orang yang berjaya. Sebab kalau kita gigih (dan berlatih lebih 10,000 jam dalam bidang yang kita suka), kita juga pasti akan berjaya.

Tak perlu memiliki IQ yang terlalu tinggi. Yang penting adalah EQ dan juga praktis, praktis dan praktis.

Maaf kalau ulasan tak terperinci. Kalau nak rasa best jugak, jemputlah baca buku Outliers oleh Malcolm Galdwell.

Sebab suka sangat dengan buku ni, semalam saya beli lagi satu buku oleh beliau. Dan sekarang rasa tak sabar nak baca buku tu jugak. 🙂

 

2 thoughts on “Best Sangat!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *