Beberapa Hari Tanpa Internet..

Dari hari Khamis – Sabtu yang lepas saya langsung tak buka laptop. Maklumlah line internet di kampung tersangatlah lembap. Cuma adakalanya saya online melalui handphone ketika dalam perjalanan ke mana-mana.

Tanpa gangguan internet, saya berjaya menghabiskan buku Eat That Frog oleh Brian Tracy.

 

Dalam buku ini Brian Tracy berkongsi tentang cara pengurusan masa yang efektif. Sangat menarik.

Antara intipati penting buku ini adalah supaya kita membuat kerja yang paling penting (dan biasanya paling kita tak suka dan selalu kita tangguhkan) pada waktu pagi.

Kalau tak pun, allocate masa yang tetap setiap hari untuk kita buat benda yang kita tak suka. Dengan cara ini, kita akan nampak perubahan besar dalam hidup kita.

Buku ini juga mengajar kita bagaimana untuk letakkan keutamaan pada sesebuah kerja dan fokus pada kerja yang mendatangkan hasil yang paling lumayan.

Buku kedua yang hampir 80% saya baca adalah The Power of Habit.

Yang ni lebih menarik sebab ada banyak fakta yang sangat best tentang habit atau tabiat manusia.

Kalau nak buat review, memang letih nak menaip ni. 🙂

Tapi pada saya memang sangat best. Dan saya pun tak sabar nak aplikasikan ilmu tentang tabiat ini dalam kehidupan peribadi dan juga bisnes saya.

Dari segi cara membesarkan anak, penulis menyatakan kelebihan kita enrol anak-anak dalam sukan @ musik @ apa-apa aktiviti tambahan semasa dia masih kecil untuk tingkatkan dia punya daya ketahanan supaya dia tak mudah mengalah. Sebab berdasarkan kajian budak-budak yang tak mudah mengalah akan lebih berjaya dalam hidup.

Selain tu ada banyak jugak ilmu yang menarik untuk usahawan. Terapkan tabiat yang baik kepada pekerja-pekerja. Supaya setiap pekerja tahu apakah nilai-nilai murni @ core values syarikat dan semua bekerja sama untuk pastikan core values ini terlaksana.

Pastu macamana nak gunakan ilmu tabiat ini untuk dapatkan lebih banyak sales daripada para pelanggan.

Memang super duper best!

InsyaAllah akan berusaha secepatnya untuk habiskan buku ini. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *