Baca Separuh Separuh

Saya selalu beli buku. Selalu jugak baca separuh pastu baca buku lain pulak sebab buku lain tu nampak sangat menarik dan rasa tak sabar-sabar nak baca.

Dalam beberapa hari ni saya cuba habiskan buku-buku yang dah baca separuh.

Semalam habiskan buku Carol’s Fung Guide to Online Retailing.

mphMasterclass_CarolFung01f

Kredit toΒ http://bpbites.blogspot.com

 

Malam ni habiskan buku The Magic.

the-magic-700x700-imadaructbqtsg79

 

 

Dan sekarang tengah cuba habiskan buku kat bawah ni. Tapi yang bawah ni saya baca versi BM.

untitled1

 

 

Ada banyak lagi buku belum baca. So memang tak boleh beli buku buat sementara waktu ni.

 

Bila baca buku Carol Fung rasa excited nak berniaga melalui Ebay. Malam ni cuba masukkan produk pertama ke Ebay. Testing. πŸ™‚

Kalau ikutkan Ebay ni international. Tapi saya masih belum pandai lagi bab-bab nak poskan barang ke luar negara. Tak tahu berapa rate yang patut ditetapkan untuk pos barang ke luar negara. So jadi takut sikit. Sekarang tengah survey kadar terbaik yang patut dimasukkan.

 

Buku The Magic pulak menekankan tentang kepentingan bersyukur dan berterima kasih. Bila kita jadi manusia yang bersyukur dan berterima kasih, kita akan jadi manusia yang bahagia dan lebih berjaya.

Lepas ni nak cuba pandang perkara positif dalam setiap perkara baik @ buruk yang berlaku dan juga terhadap perlakuan orang lain terhadap kita.

Sebab orang yang buat jahat pada kita pun sebenarnya mengajar kita sesuatu dan kita pun kena berterima kasih pada dia.

Bila baca ni, saya pun rasa lebih mudah nak maafkan orang lepas ni. πŸ™‚

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *