Suka Sangat Menggodek Website Baru..

Saya suka buat website.

Bila dah buat website, tak boleh buat kerja lain selagi tak settlekan semua plugin yang penting untuk pastikan website tu berfungsi sepenuhnya.

Semalam saya baru sahaja siapkan website untuk bisnes suami saya iaitu http://pembekalkain.com.

Kepada rakan-rakan yang minat berbisnes, belajarlah buat website berbayar sebab boleh menambahkan kepercayaan pelanggan kepada kita.

Bila dah pandai, dalam masa 5 minit dah boleh siap. Lepas tu tinggal masukkan maklumat produk kita ke dalam website je. Mudah sangat..

Tak perlu fikir pasal sewa kedai, gaji pekerja, lokasi kedai dan sebagainya. Memang berbaloi-baloi!

Kat mana cara nak belajar buat website berbayar? Cuba cari kat forum. Ramai yang buat servis ni.

Kalau nak belajar dengan saya pun boleh. Tapi kena booking awal-awal dan yang pastinya saya hanya akan mengajar orang perempuan sahaja.

Caj yang saya kenakan? RM60 untuk harga domain + webhosting untuk setahun + RM500 coaching selama 3 jam dan seterusnya khidmat lepas jualan yang berterusan selagimana ukhuwwah antara kita masih terjalin.

Kalau rasa harga tu terlampau mahal dan anda nak berguru dengan orang lain, pun boleh. Tapi sebaiknya carilah orang yang dah betul-betul buat duit dari internet. Bila dah jumpa mentor yang betul, insyaAllah pasti berjaya! 🙂

 

 

2 thoughts on “Suka Sangat Menggodek Website Baru..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *