Siapa Kata Kena Tulis Satu Artikel Je Sehari?

Sebelum ini saya rasa malu nak post lebih dari 1 artikel sehari. Rasa macam over dan terlebih bersemangat sangat kalau buat macam ni.

Jadi apa yang saya buat, saya akan schedulekan post-post saya supaya ia dipublishkan satu persatu pada hari yang berlainan.

Tapi bila saya membuat kajian ke atas blog-blog yang popular, saya dapati di Blog Archive mereka kadangkala dalam masa sebulan artikel di blog melebihi 100.

Dengan kata lain, secara purata mereka menghasilkan lebih 3 artikel sehari.

Jom tengok archive blog Red Mummy,

Banyak kan?

Jom kita kira, pada Julai 2008,

Jumlah artikel = 223
Jumlah hari dalam sebulan = 31 hari
Purata artikel sehari = 7.19 artikel

Banyak kan? Memang rajin dan gigih betul Red Mummy ni. Dan sekarang dia sudahpun mendapat pendapatan pasif yang lumayan setiap bulan.

Dengan pendapatan melebihi 5 angka setiap bulan sekarang ni, kiranya usaha dan pengorbanan Red Mummy untuk menulis blog sangatlah berbaloi-baloi.

Jadi, jika anda bercita-cita untuk menjadi blogger tersohor dan menjana pasif income melalui blog, janganlah malas-malas macam saya dulu ya.

Peringkat awal kena rajinnnnnnnn sangat. Tahun pertama dan kedua memang kena gigih sangat. Bila dah ada pengunjung tetap, bolehlah relaks sikit tapi tetap masyukkkkkkkk!

InsyaAllah saya sendiri pun nak cuba jadi macam ni. Tapi 7 artikel sehari memang sangat mencabar. Nak citer pasal apa tu??

Yang nak jadi blogger tersohor,
Fadzilah Mamat
4 Februari 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *