Salah Satu Kelebihan Berblogging..

Blogging ni macam diary jugak.

My blog is my online diary

Daripada blog kita, kita boleh trace balik apa aktiviti kita, apa minat kita dan apa perasaan kita.

Macam malam ni, bila terbaca blog seorang rakan tentang Leaders Meeting yang dihadirinya pada hari Rabu yang lepas, saya rasa menyesal sangat sebab saya betul-betul terlupa untuk attend.

Tambah menyesal bila tengok rakan-rakan leaders yang lain bergambar sakan untuk video yang akan disiarkan semasa Branch Annual Dinner pada hari Jumaat, 24 Februari depan.

Tapi bila saya rujuk balik artikel-artikel di blog SMART, saya teringat balik aktiviti saya sepanjang hari tersebut. Antaranya appointment dengan klien, berpeluang jumpa dengan rakan sepejabat klien yang nak buat pelaburan dan juga buat personal coaching dengan salah seorang ahli kumpulan.

Memandangkan saya melakukan aktiviti yang bermanfaat, saya langsung tak rasa menyesal.

Pasti ada hikmah yang besar kenapa saya terlupa. Apapun, pengalaman ini juga akan menjadikan saya lebih berhati-hati dan akan membuat alarm di telefon untuk mengingatkan saya tentang Leaders Meeting yang perlu saya hadiri setiap bulan.

Jadi, kepada yang sudah ada blog, jangan lupa catatkan aktiviti harian dan segala perasaan anda selagi tidak melanggar hukum syarak. 🙂

Suatu hari nanti, anda akan tergelak sorang-sorang bila membaca luahan hati dan coretan anda di blog, seperti yang saya alami sekarang. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *